USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KOR SUKSIS USM RANGKUL ANUGERAH KONTINJEN TERBAIK

dfgdfgd
 
BALIK PULAU, 20 November 2018 - Kor Sukarelawan Polis Siswa-Siswi (SUKSIS) Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini memberi kegembiraan berganda buat USM apabila merangkul Anugerah Kontinjen Terbaik sempena perarakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Pulau Pinang 2018. 
 
Kor SUKSIS USM dibarisi Skuad Inter Lelaki yang mewakili Kontinjen IPK Pulang Pinang, segak berarak bersama kontinjen-kontinjen lain dari pelbagai jabatan dan sektor Pulau Pinang berjaya menampilkan perarakan yang kemas dan jitu.
 
Kontinjen ini terdiri daripada 38 orang anggota iaitu 31 orang skuad inter Kor SUKSIS USM dan 7 orang anggota polis sebenar PDRM.
 
Ketua perbarisan, Tuan Azmi menyifatkan semoga pencapaian dan anugerah ini menjadi pemangkin kepada semua warga Kor SUKSIS USM untuk terus berusaha dengan penuh komitmen dan konsisten dalam melakar kecemerlangan pada masa akan datang.
 
Sementara itu, Komandan Kor Sukarelawan Polis Siswa-Siswi (SUKSIS) Universiti Sains Malaysia Asisten Komisioner Polis K/S Profesor Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi turut menerima penganugerahan Tokoh Maulidur Rasul 1440H peringkat negeri Pulau Pinang.
 
Hadir ke program pagi ini ialah Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Dr. Hj. Abdul Rahman Abbas.
 
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah
  • Created on .
  • Hits: 1289

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024