USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM SERAH MOBILE REPEATER KEPADA BBNGO SEBAGAI PERSIAPAN MENGHADAPI BANJIR

fdgdfbnjh

USM, KUBANG KERIAN,  4 November 2018 – Sistem Radio Kecemasan (ERS) yang telah dilancarkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 2016 adalah satu inisiatif bagi memastikan sistem komunikasi ketika berlakunya bencana alam terutamanya banjir tidak terjejas.

ERS akan membantu memudahkan pengu­rusan mobiliti pesakit terutama ketika jaringan komunikasi sedia ada terputus melalui 'Mobile Repeater'.

hjvhbvgkh

ghvg

Menurut Ketua Projek ERS, Dr. Mohd Shaharudin Shah Che Hamzah, 'mobile repeater' ini boleh berfungsi menggunakan bateri kereta dan mampu bertahan selama seminggu dan ia akan digunakan sebagai alat komunikasi antara Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi membantu agensi pengurusan bencana untuk mengeluarkan pesakit yang terperangkap dalam bencana yang melanda.

"Sebanyak tiga pemancar telah dipasang bagi mendapatkan frekuensi iaitu di Bangunan Hospital USM, Hospital Kuala Krai dan Hospital Gua Musang.

hjbvhj

“Sistem ini akan mempunyai jaringan liputan di seluruh jajahan di negeri Kelantan dan sekaligus dapat membantu menguruskan pesakit ketika bencana banjir berlaku," ujarnya.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam rangka lawatan kerja ke Kelantan sempat meninjau kesiapsiagaan NGO menghadapi musibah banjir dan mendengar taklimat berhubung pengurusan banjir oleh Pengerusi Biro Bantuan Bencana NGO (BBNGO), Profesor Dr. Dinsuhaimi Sidek di Padang Kawad Kampus Kesihatan USM di sini.

Beliau turut menyaksikan penyerahan tiga buah 'mobile repeater' oleh Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail kepada Pengerusi BBNGO, Pengerusi Pertubuhan Bantuan Bencana dan Kebajikan Kemahang, Rasyiman Aziman Abdul Rahim dan Presiden 'Four Wheel and Dirt Bike', Zulkiflie Said.

gvhj

Hadir sama dalam majlis ini ialah Pengarah Kampus Kesihatan USM, Profesor Dato’ Dr. Ahmad Sukari Halim; Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Dato' Mokhtar Mohd Abd Rahman; Wakil Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Dr. Tengku Mohd Faziharudean Tengku Fiessal dan Ketua Polis Negeri Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan.

Teks: Mohamad Iqmal Mathlan / Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood

  • Created on .
  • Hits: 1404

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024