WARGA AKADEMIK, PENTADBIR DAN PELAJAR USM KONGSI ILMU SENI DAN KEBUDAYAAN BERSAMA MASYARAKAT MENGKUANG TITI

hjbh

MENGKUANG TITI, 3 November 2018 – Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Pusat Pengajian Seni (PPS) mengadakan Program Jalinan Mesra Komuniti bersama masyarakat Mengkuang Titi selama 2 hari 1 malam menerusi aktiviti rotong-royong dan perkongsian ilmu seni dan kebudayaan.

Menurut Dekan PPS, Dr. A.S. Hardy Shafiee, seni, sains dan teknologi tidak hidup dalam suasana yang vakum, ia perlu diterjemahkan kepada realiti menerusi jaringan komuniti yang boleh dibina secara langsung dengan masyarakat setempat.

fgdfghgft

“Program Jalinan Mesra Komuniti ini merupakan projek yang memberi pulangan langsung kepada masyarakat tempatan dalam bentuk khidmat sosial dengan kerja-kerja pemindahan teknologi, perkongsian ilmu dan kelestarian alam,” jelasnya.

Tambahnya, program ini melibatkan mahasiswa mahasiswi yang merupakan pemangkin kepada pembangunan negara dan aset penting sebagai penggerak generasi yang akan memimpin negara kelak.

“Tujuan program ini adalah membina serta membentuk kerjasama antara pihak Universiti dan masyarakat di samping meningkatkan interaksi sosial antara mahasiswa dan masyarakat amnya,” ujarnya.

Program ini melibatkan penyertaan pegawai dan fasilitator Pusat Pengajian Seni seramai 30 orang, mahasiswa mahasiswi seramai 40 orang, keluarga angkat seramai 40 orang dan masyarakat setempat seramai 200 orang.

dfgdfg

Rata-rata semua yang terlibat dalam program ini menzahirkan rasa bersyukur dan berpendapat pendekatan unik program sebegini patut diteruskan pada masa akan datang agar hubungan antara pihak universiti dan masyarakat dapat diperkasakan lagi.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre
Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia
Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia
Client Feedback / Comments
| USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015