USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM TERIMA 6 ANUGERAH MRSA DAN 5 CREAM

SEPANG, 25 Oktober 2018 - Enam pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) menerima Anugerah Malaysia’s Research Star Award (MRSA) 2018 dan lima jurnal menerima pengiktirafan Jurnal CREAM 2018.

Daripada jumlah tersebut, tiga pensyarah iaitu Profesor Dr. Abd. Latif Ahmad dan Profesor Dr. Bassim H. Hameed dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia dan Profesor Dr. Abd. Karim Alias dari Pusat Pengajian Teknologi Industri (PPTI) dinobatkan sebagai Highly Cited Researchers 2017. 

Manakala dua lagi pensyarah iaitu Profesor Datuk Dr. Abdul Khalil H.P. Shawkataly (PPTI) dan Dr. Izzal Asnira Zolkepli dari Pusat Pengajian Komunikasi menerima anugerah bagi kategori High Impact Paper.

USM juga memenangi anugerah bagi kategori Prominent Topics in Research melalui pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam iaitu Profesor Dr. Megat Azmi Megat Johari.

Di samping anugerah MRSA, USM juga menerima pengiktirafan Jurnal Cream melalui lima jurnal terbitan USM iaitu:- 

(1) Jurnal Berprestasi Tinggi Diindeks Dalam Web of Science (WoS) bagi bidang Sains, Teknologi dan Perubatan ialah Bulletin of the Malaysian Mathematical Sciences Society.

(2) Jurnal Berprestasi Tinggi Diindeks Dalam Scopus bagi bidang Sains, Teknologi dan Perubatan ialah Journal of Physical Science, Journal of Construction in Developing Countries dan Tropical Life Sciences Research. Bagi bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan disandang oleh Asian Academy of Management Journal. 

Menurut Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia, Dato’ Mohd Ghazali Abas, Kementerian berhasrat meningkatkan keterlihatan di persada global bukan sahaja melalui kedudukan yang cemerlang dalam ranking universiti serantau malah melalui pencapaian luar biasa dalam penyelidikan dan penerbitan.

Mohd Ghazali berucap mewakili Menteri Pendidikan dan seterusnya menyampaikan anugerah kepada para pemenang.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi KPM, Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir; Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USM, Profesor Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed; Ombudsman USM, Profesor Dato’ Seri Dr. Md Salleh Yaapar dan juga Pengarah Penerbit USM, Akhiar Salleh.

Anugerah MRSA ini adalah sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada penyelidik tempatan hasil kejayaan penghasilan penyelidikan dan penulisan ilmiah berkualiti yang berjaya diterbitkan serta diindeks ke dalam pangkalan data antarabangsa terkemuka.

Teks: Nor Rafizah Md. Zain

  • Created on .
  • Hits: 1168

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024