USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MISI SUKARELAWAN BANJIR KAMPUS KESIHATAN USM

71619 462475887145488 1724400091 n

KUBANG KERIAN, Januari 2013 - Mahasiswa Kampus Kesihatan USM tidak ketinggalan menyumbang tenaga bagi sama-sama membantu masyarakat di Pantai Timur yang dilanda musim bah baru-baru ini.

Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor (2) merupakan pusat banjir yang terakhir ditutup di negeri Kelantan apabila penduduk sekitar dibenarkan pulang ekoran keadaan cuaca yang semakin baik.

Misi Sukarelawan Banjir Kampus Kesihatan USM ini yang disertai oleh 80 orang mahasiswa dari pelbagai latar pengajian mula berkampung seawal 9 pagi sehingga 5 petang di sekolah tersebut menjalankan kerja pembersihan bagi memastikan sekolah tersebut berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk sesi persekolahan baru 2013.

551793 462476307145446 2081025107 n

Keprihatinan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh mahasiswa ini telah membolehkan pelajar sekolah tersebut memulakan hari pertama persekolahan pada keesokan harinya.

Misi ini turut mendapat kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Jajahan Tumpat, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Kelantan, Majlis Keselamatan Negara (Kelantan) serta pihak sekolah sendiri.

Misi sehari ini dirangka untuk memberi kesedaran dan sekaligus penerapan semangat kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa khususnya  sewaktu berlaku kejadian banjir.

251377 462475573812186 608804484 n

Sekretariat sukarelawan siswa ini juga sentiasa bersedia untuk membantu masyarakat di Pantai Timur sekiranya berlaku banjir gelombang kedua. – Teks: Norheliza binti Mukram @ Sulaiman

  • Created on .
  • Hits: 3121

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024