IPPT USM MENDEKATI MASYARAKAT SETEMPAT, LEBIH 800 PESERTA JAYAKAN KEMPEN BULAN KESEDARAN KANSER PAYUDARA “PINK OCTOBER”

hkjutiu

BERTAM, 6 Oktober 2018 – Lebih 800 orang peserta mengambil bahagian dalam acara larian USM-Mekarsari Pink October Fun Run 2018 anjuran Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Pertubuhan Nadi Sihat dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) untuk menyokong perjuangan memerangi kanser payudara.

Pelepasan larian sejauh lima kilometer dan perasmian Kempen Bulan Kesedaran Kanser Payudara itu telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Negeri Pulau Pinang, YB. Dato' Ir. Hj. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, di sini pada pagi ini.

ghjhgj

Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, program pada hari ini sudah pasti akan memberi impak kepada masyarakat di Kepala Batas dan kawasan sekitarnya dalam usaha untuk memberikan pendedahan dan membangkitkan kesedaran tentang kanser payudara.

“Menerusi program kesedaran seperti ini, jelaslah kepada kita bahawa institusi pendidikan tinggi di negara ini seperti USM sentiasa komited dalam mendekati serta membantu meningkatkan taraf kesihatan rakyat melalui kaedah pemindahan ilmu dan perkongsian kepakaran tanpa mengira kaum dan juga fahaman politik,” katanya ketika berucap merasmikan program berkenaan.

ghjghjghjjk

Sementara itu, Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM, Profesor Dr. Azlinda Azman, dalam ucapan aluannya mewakili Naib Canselor USM, berkata, sejak penubuhan IPPT pada tahun 2002, lebih daripada 5,000 orang pesakit kanser payudara telah dirawat di Klinik Onkologi, dan bilangannya didapati semakin bertambah dari setahun ke setahun.

“Maka adalah amat penting bagi pihak IPPT USM untuk mengadakan kempen atau program berterusan seperti yang dilakukan selama ini untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang betapa pentingnya penjagaan kesihatan sendiri, amalan pemakanan yang sihat, melakukan pemeriksaan sendiri payudara secara rutin dan melakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa,” katanya.

Menurut Pengarah Program, Dr. Muhamad Yusri Musa pula, beliau amat bersyukur kerana program yang dianjurkan julung kali ini turut mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk syarikat korporat, badan-badan kerajaan serta NGO sekitar Negeri Pulau Pinang.

hjgfgfhg

“Pagi ini kita dapat kumpulkan seramai lebih 800 orang peserta dari seluruh negara untuk memeriahkan larian ini. Dengan berkonsepkan larian santai bersama keluarga, ianya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan bagi kami yang pertama kali menganjurkan program seperti ini dan berhasrat akan menjadikan ia sebagai acara tahunan,” katanya.

Kempen Bulan Kesedaran Kanser Payudara ‘Pink October’ diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran masyarakat tentang kanser payudara dan menyeru ahli masyarakat supaya sentiasa memberi sokongan moral kepada pesakit kanser dan keluarga mereka.

Turut diadakan ialah Solidarity Walk yang diadakan bertujuan sebagai simbolik bagi menyatakan sokongan terhadap pesakit kanser payudara dan dimeriahkan dengan kehadiran seramai 70 orang pesakit kanser yang telah pulih, termasuk 16 orang yang bergerak dengan bantuan kerusi roda.

kjhkjkjk

Program turut dimeriahkan dengan kehadiran Pelari Solo Wanita Negara, Mejar Kehormat Suwaibah Mohd. Nasir yang turut mengambil bahagian dalam aktiviti larian dan Solidarity Walk.

Hadir bersama ialah Pengarah IPPT USM, Dr. Norehan Mokhtar; Presiden Pertubuhan Nadi Sihat, Azlina Abdul Aziz; Penolong Pengurus Jualan & Pemasaran Bandar Kepala Batas Sdn. Bhd. selaku penaja utama, Faizal Abdul Rahman; dan Pengarah Pusat Sejahtera USM, Dr. Normala Abdul Wahid.

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre
Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia
Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia
Client Feedback / Comments
| USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015