USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KLKM USM SERTAI MERDEKA WALK DAN CLEAN UP DAY DI TAMAN NEGARA PULAU PINANG

gfhfh

TELUK BAHANG, 22 Sept. 2018 – Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia Universiti Sains Malaysia (KLKM USM) hari ini menyertai Merdeka Walk dan Clean Up Day di Taman Negara Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Undangan untuk program ini adalah melalui jemputan Persekutuan Pengakap Malaysia Pulau Pinang daerah Balik Pulau (PPMBP).

hyg

Program ini adalah libatsama seramai 44 orang ahli KLKM USM yang bertugas sebagai fasilitator atau pemudah cara bahagian aktiviti dengan peserta yang hadir iaitu seramai 557 orang.

Ahli KLKM USM yang bertugas sebagai fasilitator telah dibahagi kepada 7 kumpulan mengikut tujuh Checkpoint yang telah ditetapkan sepanjang laluan dari Dataran Teluk Bahang sehingga Pusat Kajian Samudera dan Pantai (CEMACS) USM.

Tahun lalu, Kelanasiswa dari Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) Daerah USM telah berjaya menerima anugerah tertinggi dalam pasukan pengakap kelana yang dikenali sebagai Anugerah Baden Powell (B-P Award) sempena Istiadat Perbarisan dan Penganugerahan B-P dan Manikayu kali ke-IV 2017.

ghgtfhg

Anugerah yang diperkenalkan oleh Pergerakan Pengakap Sedunia dan diiktiraf di seluruh dunia ini adalah mengambil sempena nama Baden Powell yang merupakan pengasas pergerakan pengakap dunia pada tahun 1901.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1228

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024