USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

FAIZ FATEH, ZHEN XIANG TERIMA ANUGERAH DAN PENGHARGAAN DI ANUGERAH TOKOH SISWA 2017

gyfyu

ARAU, PERLIS, 23 Sept. 2018 – Pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Mohd Faiz Fateh Mohd Affandy, 25, kelmarin menerima Anugerah Pemimpin Program Wacana Intelek sempena Anugerah Tokoh Siswa 2017 yang berlangsung di Universiti Malaysia Perlis (UniMaP).

Anak kelima daripada 6 beradik ini yang dilahirkan di Amerika Syarikat mempunyai pencapaian yang membanggakan di peringkat USM antaranya Pengarah Projek Festival Mahasiswa Anak Pulau Pinang; Timbalan Yang diPertua Gabungan Anak Pulau Pinang (2015-2017); Timbalan Yang diPertua Kelab Kerja Sosial 2015 serta banyak lagi.

Faiz dalam laman sosialnya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang membantu beliau terutama daripada warga Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) dalam mengecapi anugerah ini.

Turut menerima anugerah sampingan ketika majlis ini adalah Kee Zhen Xiang yang menerima Penghargaan Khas Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.

hgfy

Sebanyak 229 penyertaan diterima dan anugerah melibatkan finalis dari 13 Institusi Pendidikan Tinggi.

Sebanyak 15 anugerah dipertandingkan pada kali ini dan anugerah utama iaitu Anugerah Tokoh Siswa Kebangsaan 2017 dimenangi oleh Saudari Fatin Azzahra dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Berangkat ke majlis ini ialah Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

vhgh

Turut hadir sebagai tetamu kenamaan dan utama ialah Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik; Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Dato' Kamel Bin Mohamad; dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia, Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1337

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024