USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MENTERI PENDIDIKAN BAKAL SAMPAIKAN HADIAH KEPADA PEMENANG UNIMAKER ZON UTARA

unimaker18

PULAU PINANG, 22 Sept. 2018 – Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik bakal menyampaikan hadiah kepada para pemenang Pertandingan Unimaker Zon Utara 2018 pada 28 September ini di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia (USM).

Lima pemenang di peringkat zon utara bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM15,000 untuk Juara, RM8,500 (Naib Juara), RM7,000 (Ketiga), RM4,000 (Keempat) dan RM3,000 (Kelima).

Lima finalis yang bakal diumumkan sebagai pemenang tempat pertama sehingga kelima pada 28 September ini ialah:

  1. Whatever – Precision Farming with Deep Learning and IoT (USM)
  2. Bookklik – TourGo (UiTM, UTP)
  3. 4dynamo – Making Malaysian Roads Safe Again (USM)
  4. Smilo Meter – Smile Index (USM)
  5. Wysetime – Virtual Ticketing System (VTS) ~ Face Recognition Entrance in Tourist Attractions (USM)

Kesemua pemenang peringkat zon bakal berentap di peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 23-24 November ini.

Hos untuk zon-zon pertandingan adalah USM (USM-Zon Utara), Universiti Teknologi Malaysia (UTM-Selatan), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA-Timur) dan juga Universiti Malaya (UM-Tengah).

Bagi zon utara, Unimaker telah berlangsung pada hari Sabtu, 22 September 2018 di USM, dan disertai oleh 32 pasukan dari Universiti Awam (UA) di utara merangkumi Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. 

Kesemua pasukan telah diadili oleh 15 juri profesional yang terdiri daripada pakar dalam pelbagai sektor industri termasuk pertanian, pelancongan, pembuatan, teknikal, pengangkutan dan penjagaan kesihatan.

Antara juri yang dimaksudkan ialah Ketua Pegawai Eksekutif Penang Tech. Center Berhad dan Jobtech Pte. Ltd.; Pengurus Besar Penang Skills Development Centre (PSDC); Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC).

UNIMAKER 2018 bertujuan untuk mengetengahkan hasil kerja inovasi pereka dan pelajar dari UA dan juga Universiti Swasta (US) bagi mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0.

Teks: Nor Rafizah Md. Zain

  • Created on .
  • Hits: 1025

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024