USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELAJAR USM SUMBANG 4 EMAS DAN 1 GANGSA PULAU PINANG DALAM KARATE DAN JUDO DI SUKMA XIX PERAK

41991861 1954133894647634 3265525740375900160 n

PERAK, 18 Sept 2018 – Pelajar-pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) terus mengorak langkah dalam bidang kesukanan apabila 3 pelajarnya telah membantu negeri Pulau Pinang menggondol 3 pingat Emas dan 1 pingat Gangsa dalam sukan Karate di Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XIX di Perak.

Beraksi dengan mantap serta merupakan Olahragawan USM tahun 2018 di Majlis Anugerah Sukan ke-40 USM, Ivan Oh Theng Wei dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan menghadiahkan Emas melalui acara Kata Individu setelah menewaskan atlet Pahang, Abdul Rahim di perlawanan akhir dengan kiraan mata 5-0.

41968596 1956138824447141 8460518929494704128 n

Sementara itu, bagi pelajar Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan pula, Sharventharan A/L Selvarajan, tiada yang indah baginya selain berjaya menyumbangkan 2 pingat buat Pulau Pinang iaitu 1 Emas dalam acara Kumite Berpasukan Lelaki yang mana beliau bersama 4 lagi rakannya berjaya menewaskan pasukan dari Selangor pada perlawanan akhir.

Bagi satu lagi pingat iaitu pingat Gangsa, Sharventharan memperolehinya melalui acara Kumite Individu Lelaki. 

TYUTYUIY

Akhir sekali, atlet wanita USM, Chang Sin Yi pula merakamkan kejayaan manis kontinjen Pulau Pinang apabila beliau dan rakan-rakannya berjaya memperolehi 1 Emas dalam acara Kata Berpasukan Wanita apabila berjaya menewaskan atlet tuan rumah Perak dengan kiraan mata 5-0.

Manakala bagi sukan Judo pula, pelajar Pusat Pengajian Pengurusan, Kamini Sri A/P Segaran berjaya membawa pulang 1 Emas buat Pulau Mutiara dari SUKMA Perak 2018 melalui acara yang disertainya.

GHJFGHJ

Sebanyak 31 jenis sukan dipertandingkan untuk SUKMA XIX Perak (12-22 September 2018) kali ini yang menampilkan 14 negeri di Malaysia dan juga Brunei yang menyertai temasya dwitahunan ini. 

Sukan Malaysia (SUKMA) dikonsepkan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 1983 iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Rasional yang dicadangkan adalah sebuah temasya sukan peringkat kebangsaan yang akan membantu meningkatkan mutu sukan, melahirkan dan menggalakkan penyertaan atlet di peringkat negeri.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1365

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024