USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

DR. GEORGE TEOH BERAKSI CEMERLANG DI CHINA, BAWA PULANG 4 EMAS, 3 PERAK DAN 2 GANGSA

hjdfyj

PULAU PINANG, 15 Sept. 2017 – Pensyarah kanan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ), Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. George Teoh Boon Sai sekali lagi membanggakan seluruh warga kampus apabila memenangi empat pingat Emas, tiga pingat Perak dan dua pingat Gangsa dalam tiga kejohanan seni mempertahankan diri peringkat antarabangsa yang disertainya mewakili Malaysia yang berlangsung di Negara China bulan lalu.

Kejohanan-kejohanan yang disertainya itu ialah:

I.   THE 15th WORLD CHIN WOO MARTIAL ARTS AND CULTURAL CARNIVAL 8-13 Ogos 2018, Yuyao, China

Kategori: Veteran Lelaki

  • Qong Li Quan - Emas
  • Chen style Jian - Gangsa
  • 42 Yang style Quan - Gangsa

II.   WORLD CHIN WOO MARTIAL ARTS CHAMPIONSHIP & CULTURAL FESTIVAL – 150th BIRTHDAY ANNIVERSARY OF HUO YUANJIA 15-17 Ogos 2018, Tianjin, China

Kategori: Veteran Lelaki

  •  42 Yang style Taiji Jian - Emas
  •  42 Yang style Taiji Quan - Perak
  •  Qong Li Quan - Perak

III.   THE 7th XIAMEN INTERNATIONAL WUSHU COMPETITION 18-22 Ogos 2018, Xiamen, China.

Kategori: Veteran Lelaki

  •   Qong Li Quan - Emas
  •   42 Yang style Taiji Quan - Emas
  •   42 Yang style Jian - Perak

Dalam ketiga-tiga kejohanan tersebut, beliau yang bertanding dalam acara-acara Kategori Veteran 50 tahun ke atas, telah mempamerkan aksi cemerlang yang memukau para juri dan penonton, dan berjaya mengenepikan para pencabar lain bagi meraihkan kejayaan ini.

Beliau ialah peserta tunggal dari USM yang dipilih oleh Persekutuan Persatuan-persatuan Chin Woo Malaysia untuk mewakili negara di Kejohanan I dan II di atas.

George Teoh merupakan seorang pensyarah yang mempunyai bidang kepakaran dalam TESL, Linguistik dan Psikologi Pendidikan.

Selain itu, beliau juga banyak dijemput untuk memberi ceramah, seminar dan bengkel tentang penjagaan kesihatan, senaman dan ‘fitness’ serta demonstrasi seni mempertahankan diri masyarakat Cina kepada staf USM.

Pihak Universiti merakamkan ucapan syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada George Teoh atas pencapaian terkini beliau ini.

Teks: Tan Ewe Hoe

  • Created on .
  • Hits: 1225

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024