USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MOHAMAD ABDULLAH TOKOH KEMASYARAKATAN SAMBUTAN MAAL HIJRAH PEMENANG 2018

41515045 10216851587746377 1764026485322022912 n

PULAU PINANG, 11 Sept. 2018 – Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) Universiti Sains Malaysia (USM), Mohamad Abdullah hari ini dianugerahkan Tokoh Kemasyarakatan di Majlis Hari Terbuka Rumah PEMENANG 2018 sempena Sambutan Maal Hijrah 1440 di Dewan Besar, Bangunan PEMENANG, No. 60, Jalan PEMENANG, di sini.

Membaca biodatanya, Mohamad antara pegawai paling lama yang mengendalikan perhubungan awam di mana-mana universiti awam iaitu melebihi 25 tahun.

Paling manis adalah beliau merupakan Setiausaha Dream Team USM yang telah bekerja keras untuk USM menerima status universiti APEX (Program Pemacuan untuk Kecemerlangan) pada tahun 2008.

Beliau juga merupakan penulis lirik lagu APEX USM iaitu Memacu Kecemerlangan dan juga kolumnis akhbar Berita Harian yang telah menyumbang lebih 100 penulisan artikel.

Majlis penganugerahan disempurnakan oleh Pengerusi PEMENANG, Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Haji Mohd Yussof Latiff.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1649

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024