USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MB NEGERI SEMBILAN RAIKAN PASUKAN EKSKAVASI GUA PELANGI FASA III

ns1

PULAU PINANG, 7 Sept. 2018 – Pasukan penyelidik ekskavasi dari Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia (PPAG USM) yang terlibat dalam kerja ekskavasi Fasa III di Gua Pelangi, Jelebu, Negeri Sembilan telah diraikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Tuan Haji Aminuddin Harun dalam satu majlis jamuan minum petang di Hotel Royale Chulan Seremban baru-baru ini.

Pengarah PPAG USM, Profesor Dato’ Dr. Mokhtar Saidin menghadiri majlis tersebut bersama pelajar dan staf yang terlibat di dalam kerja-kerja ekskavasi di Gua Pelangi, iaitu Rasydan Muhammad, Syahmie Izarfiq Shahriza, Firdaus Hadzri, Abdul Latif Ghazali dan Mhd Rizal Ripai.

Ekskavasi Fasa III di Gua Pelangi telah berlangsung pada 1 hingga 20 Ogos 2018 dengan penglibatan bersama PPAG USM, Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS), Jabatan Warisan Negara (JWN), dan Azliny Team Building & Outdoor Adventure (ATOA).

ns2

Ia bertujuan untuk menambahkan data prasejarah yang ada di Negeri Sembilan di samping memberi latihan kepada staf-staf muzium dan masyarakat setempat dalam penyelidikan arkeologi.

Hasil daripada ekskavasi tersebut memberi maklumat baharu tentang fungsi tapak di dalam gua yang didiami oleh masyarakat prasejarah.

Gua Pelangi juga merupakan satu-satunya tapak arkeologi di Negeri Sembilan yang mendedahkan kebudayaan Paleolitik dengan usia pentarikhan kronometrik dari 14,000 hingga 9,000 tahun dahulu.

ns3

Turut hadir bersama di dalam majlis yang dianjurkan oleh LMNS tersebut ialah Pesuruhjaya Warisan, JWN, Dato’ Dr. Zainah Ibrahim; Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YB Dr. Razali Ab Malik; Pengarah LMNS, Drs Shamsuddin Ahmad; Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Tuan Salim Aman; wakil daripada Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu serta Azliny Team Building & Outdoor Adventure (ATOA).

Teks asal & Foto: Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) USM/Suntingan: Tan Ewe Hoe

  • Created on .
  • Hits: 1464

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024