USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NAIB CANSELOR UCAP SELAMAT HARI KRISMAS

krismas2012 a

Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dato’ Omar Osman mewakili kepimpinan tertinggi universiti mengucapkan Selamat Hari Krismas dan Selamat Tahun Baru 2013 kepada seluruh warga USM serta semua alumni dan para sahabat.

“Sama-samalah kita raikan sambutan Krismas dengan penuh kasih sayang, hormat menghormati dan menggunakan sepenuhnya sambutan ini untuk mengukuhkan keakraban yang sedia terjalin selama ini,” kata Omar.

Katanya lagi, apa pun yang kita lakukan, jangan lupa mereka yang bernasib malang dan ditimpa musibah terutamanya rakan-rakan dan seluruh umat manusia yang berhadapan krisis kemanusiaan, peperangan, penindasan dan bencana lainnya serta mengambil iktibar dan bersyukur dengan segala nikmat yang kita kecapi selama ini.

“Jangan mengambil mudah dengan apa yang ada dan terlibat dalam aktiviti yang mengancam kesejahteraan masyarakat, agama dan negara sebaliknya berusaha gigih untuk memelihara dan memberikan sumbangan untuk kelangsungannya,” tambah Omar lagi.

Naib Canselor juga mengucapkan Selamat Tahu Baharu 2013 kepada semua dan mengharapkan tahun baharu ini akan membawa lebih lagi kesejahteraan, kebahagiaan dan kecemerlangan kepada semua, apatah lagi kepada Universiti.

“Saya mengharapkan 2013 ini akan kita lalui bersama-sama sebagai satu pasukan yang kuat dalam menghadapi segala cabaran dan merealisasikan segala amanah dan tanggungjawab yang ada untuk mermartabatkan Menara Ilmu dan universiti ini ke mercu,” kata Omar lagi.

SELAMAT HARI KRISMAS DAN TAHUN BAHARU 2013.

 

  • Created on .
  • Hits: 2556

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024