USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PERSIDANGAN ANTARABANGSA KESUSASTERAAN 2018: USM TUAN RUMAH KEPADA AHLI AKADEMIK 16 NEGARA

DSC 2096

PULAU PINANG, 25 Julai 2018 – Seramai 80 orang peserta dari 16 buah negara berkumpul selama dua hari (25-26 Julai 2018) di Universiti Sains Malaysia (USM) selaku tuan rumah sempena Persidangan Antarabangsa Kesusasteraan 2018 (ICL 2018).

Peserta terdiri daripada ahli akademik dan juga pelajar yang mengikuti pengajian Ijazah Tinggi (Sarjana dan Kedoktoran) di USM dan Institut Pendidikan Tinggi dari dalam dan luar negara bakal mengikuti sesi ceramah, pembentangan kertas kerja dan bengkel termasuk perkongsian kepakaran untuk pembangunan ilmu kesusasteraan peringkat global. 

DSC 2104

Pada majlis perasmiannya, Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM, Profesor Dr. Narimah Samat berkata, dengan penglibatan negara-negara seperti Indonesia, Sri Lanka, Mesir, Hong Kong, Taiwan, India, Singapura, Filipina, Australia termasuk Malaysia, dapat membantu meningkatkan kualiti dan martabat ilmu kesusasteraan itu sendiri pada peringkat antarabangsa.

“Kita berkumpul di sini dari pelbagai latar belakang budaya dan ilmu sasteranya, dan ini merupakan titik tolak kepada kemajuan ilmu sastera itu sendiri kerana cambahan idea dari perbezaan perspektif kesusasteraan setiap negara dapat disatukan di sini untuk kita jadikan sebagai rungkaian ilmu sastera terbaik buat semua negara,” katanya ketika merasmikan persidangan tersebut hari ini di sini.

DSC 2103

Tambahnya, persidangan tersebut yang bertemakan “Contemporary Perspectives on/in Postcolonial and Diasporic Literature and Theory” merupakan platform terbaik buat semua peserta dan penceramah menyatukan ilmu berkaitan sastera serantau, agama, kemanusiaan, politik, budaya, bangsa, gender dan sebagainya.

Yang turut hadir adalah Ombudsman USM yang juga pakar dalam sejarah dan kesusasteraan, Profesor Dato’ Seri Dr. Md. Salleh Yaapar dan tetamu jemputan yang juga penyampai ucaptama pada persidangan tersebut, Profesor Dr. Bill Ashcroft dari University of New South Wales, Australia dan seorang felo Australian Academy of the Humanities.

DSC 2105

DSC 2118

Persidangan anjuran Persatuan Pelajar Siswazah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM itu turut membariskan tokoh-tokoh sastera yang tidak asing lagi di peringkat global, antaranya Profesor Dr. Harry Aveling (Monash University, Australia); Profesor Dato’ Dr. Ghulam Sarwar Yousof (Universti Malaya) dan Profesor Emeritus Annie Gagiano (University of Stellenbosch, Afrika Selatan).

Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar/Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 1741

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024