USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

DATO’ PROFESOR IR. ERIC GOH PENERIMA PERTAMA MALAYSIA/ASIA ANUGERAH ‘INTERNATIONAL CITATION AWARD’

IQ ICA 2013 Dato Eric

PUTRAJAYA, Disember 2012 - Dato’ Profesor Ir. Eric Goh melakar sejarah USM sebagai penerima pertama Malaysia dan Asia yang dianugerahkan ‘International Citation Award‘ oleh Institute of Quarrying (IQ), United Kingdom. Beliau telah menerima anugerah tersebut baru-baru ini di Putrajaya, Kuala Lumpur daripada Encik Peter Duffy, wakil Institute of Quarrying.

‘International Citation Award‘  merupakan anugerah Kecemerlangan Tertinggi Industri Kuari Sedunia yang paling prestij yang hanya dianugerahkan oleh IQ iaitu satu-satunya institusi  profesional antarabangsa yang berfokuskan ‘quarriying, construction materials and related extractive industries’, kepada tokoh-tokoh yang banyak menyumbang dan berjasa dalam pembangunan dan kecemerlangan akademik, penyelidikan, jaringan- industri, berpandangan jauh dalam perkembangan teknologi terkini dan mengungguli kelestarian pembangunan masyarakat. 

Menurut IQ yang mula ditubuhkan pada 1917 di UK, pemilihan  Dato’ Profesor Ir. Eric Goh berdasarkan prestasi yang amat cemerlang yang ditunjukkan oleh beliau sepanjang 20 tahun  bermula sejak 1900-an lagi. Konsistensi beliau dalam memberikan perkhidmatan profesional dalam dunia akademik, menjana projek-projek yang melibatkan industri dan keupayaan beliau meningkatkan hubungan jaringan industri begitu menyerlah dan amat menyakinkan lebih-lebih lagi beliau merupakan fellow (FIQ) yang paling lama ‘terikat’ dengan IQ iaitu lebih dari 28 tahun.

Sepanjang keterikatan dengan IQ, beliau telah menzahirkan tahap profesionalisme yang tinggi dengan dilantik sebagai Bendahari Kehormat Institute of Quarriying Malaysia (IQM), menganggotai  'The High-Impact Review Board’, Ketua delegasi dan panel Lembaga  Akreditasi Kejuruteraan (EAC) dan mantan Pengerusi Negeri/Cawangan Institusi Jurutera Malaysia (IEM-Pulau Pinang).

Selain itu,  beliau juga turut memberikan sumbangan daripada sudut keintelektualan dan kepakaran dalam usaha meningkatkan projek-projek industri seumpamanya seperti persidangan dan pameran berimpak tinggi ‘IQM CONEX’, projek buku antarabangsa ‘The Quarries and Quarrying’, penyumbang bersama program inovasi ‘Quarry Manager’s Certification’,  projek pendidikan, ‘IQM Academic Quality Recognition Award’ dan banyak lagi.

Kepada Dato’ Profesor Ir. Eric Goh, TAHNIAH dan SYABAS. USM khasnya Kampus Kejuruteraan amat teruja dan berbangga dengan pencapaian anda. Kehebatan anda “MEMASTIKAN KELESTARIAN HARI ESOK” benar-benar menzahirkan ‘Siapa Kita’. - Teks/Foto: MAT NOOR BIN MD ZAIN

 

  • Created on .
  • Hits: 3802

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024