USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MIT-GT 2012 – USM UNGGULI ANUGERAH KEBUDAYAAN

 

Perlis, 5 Disember 2012 – Karnival Varsiti MIT-GT 2012 melabuh tirai kelmarin dengan kebanggaan buat Universiti Sains Malaysia (USM) apabila berjaya mengungguli dua anugerah Kebudayaan, menewaskan 10 IPT dari ketiga-tiga negara bertanding.

USM berjaya meraih dua daripada tiga Anugerah Kebudayaan yang dipertandingkan sepanjang kejohanan tersebut apabila meraih 'The Best Spirit Team Award' dan The Best 'Academic and Presentation Award'.

Penilaian keputusan telah dibuat melalui juri profesional daripada universiti ketiga-tiga buah negara, iaitu Malaysia, Thailand dan Indonesia, meletakkan Universiti Sains Malaysia (USM) penyandang bagi kategori tersebut.

Menurut Zulkifli Ishak, Ketua Kontingen bagi kumpulan pelajar kebudayaan USM berkata penilaian ini dilihat dari pelbagai aspek terutamanya disiplin, komitmen, adab etika dan beberapa intipati lain.

“The Best Spirit Team Award merupakan anugerah berdasarkan disiplin pelajar sepanjang kejohanan dan seminar berlangsung, semangat kerjasama yang tinggi antara pelajar dan komited dalam apa jua tanggungjawab yang diberikan. Akhirnya kita berjaya memperoleh anugerah ini,” katanya selepas tamat majlis perasmian penutupan Karnival Varsiti IMT-GT ke-14 di Dewan Harumanis, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh, Perlis.

Mengulas anugerah kedua yang diperoleh iaitu The Best Academic and Presentation Award, Zulkifli berkata pelajar USM telah mempersembahkan kebudayaan masyarakat Iban di Sarawak, keunikan kehidupan kaum tersebut bermulanya sejarah hinggalah peradaban kini yang masih diamalkan.

Katanya Ini merupakan kejayaan amat bermakna buat kumpulan kebudayaan yang menyertai IMT-GT tahun ini dan berharap mereka dapat mengekalkan kejuaraan apabila berkunjung ke Prince Of Songkhla University, Thailand di tahun hadapan.

Turut hadir merasmikan majlis penutupan adalah Prof. Dr. Hj Khudzir Hj Ismail, Rektor, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Arau, Perlis dan Prof. Adnan Hussein, Presiden Karnival Varsiti IMT-GT 2012.

Selain itu, untuk acara sukan yang dipertandingkan iaitu Bola Tampar, Badminton, Tenis dan Bola Sepak, USM berjaya meraih 1 Emas, 1 Perak dan 1 Gangsa.

Pingat emas berjaya diraih melalui Badminton Wanita, perak disandang oleh pasukan Tenis Wanita manakala gangsa pula diperoleh melalui pasukan Badminton Lelaki.

Pada majlis itu juga diadakan majlis penyerahan bendera tuan rumah kepada Prince Of Songkhla University, Thailand yang bakal menganjurkan kejohanan ini pada tahun 2013. Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar

 

  • Created on .
  • Hits: 2000

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024