USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TABUNG PENDIDIKAN GAZA: USM TANDATANGAN MOU DENGAN IUG

usmmou2

KUALA LUMPUR, 4 Dis.2012 - Universiti Sains Malaysia (USM) menandatangani memorandum persefahaman dengan The Islamic University of Gaza (IUG) untuk bekerjasama dalam merealisasikan usaha penubuhan Tabung Pendidikan Gaza.

Tabung yang telah mempunyai dana lebih RM100,000 itu adalah sumbangan siswa-siswi dan warga staf USM melalui potongan gaji yang dikumpulkan dalam masa tidak sampai satu minggu.

“Melalui MoU ini, kita ingin memastikan usaha-usaha pembangunan pendidikan anak-anak Palestin terpelihara dan dijalankan secara berterusan dengan bantuan universiti di sana,” kata Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Omar Osman.

Antara lain MoU ini juga bertujuan untuk membantu USM dalam menjalankan program kemasyarakatan dan pengurusan pusat komuniti di Gaza, membantu dalam program pendidikan dan pembangunan sumber manusia (capacity building).

``Kita juga turut akan bekerjasama dalam program yang mempunyai kepentingan bersama seperti pembangunan teknologi nano, solar dan LED serta menjalankan kerjasama penyelidikan atau persefahaman untuk manfaat terutamanya pembangunan di Gaza.

Omar menandatanganinya bagi pihak USM manakala UIG diwakili Presidennya, Dr. Kamalain K. Shaa’ath.

“USM akan meneruskan usaha membangu pembangunan umat Palestin dan Gaza dan bersyukur dengan komitmen warga USM terutamanya kesungguhan siswa-siswi dalam menyelaras dan melakukan usaha secara sukarela termasuk menyertai misi ke Gaza pada 5 -13 Disember 2012 ini,” kata Omar. TEKS: Mohamad bin Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 2097

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024