USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM TUAN RUMAH MUVCF

Universiti Sains Malaysia (USM) bersama-sama Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia menjadi tuan rumah Forum Naib Canselor/Presiden Universiti Islam (Muslim University Vice-Chancellor/Presidents’ Forum pada 3 hingga 4 Disember.

Perasmiannya akan dilakukan oleh Timbalan Pengajian Tinggi, Dato’ Saifuddin Abdullah pada hari Isnin, 3 Disember 2012 jam 12.00 tengah hari di Chulan View, Hotel Royale Chulan, Jalan Conlay, Kuala Lumpur. Upacara penutupnya akan dilakukan oleh Dato’ Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri pada hari Selasa, 4 Disember 2012 jam 4.30 petang di tempat yang sama.

 Forum yang bertemakan “Translating the Islamic Education Philosophy into Action” mengumpulkan lebih 70 orang cendiakawan Islam untuk melakarkan hala tuju pengajian tinggi untuk pembangunan ummah pada masa hadapan dan merealisasikan nilai-nilai Islam sejagat dalam menterjemahkan falsafah pendidikan tinggi Islam.

Antara yang membentangkan kertas kerja ialah Profesor Dr. Usama El Sayed Mahmoud Mohamed,  Al-Azhar University, Egypt dengan kertas kerja Philosophy of Higher Education in Islam, Profesor Glenn Hardaker, University of Huddersfield, United Kingdom dengan kertas kerja “Reflections on Higher Education: From Islamic Renaissance to Education Without Soul?”  dan Profesor Dr. Anis Ahmad, Riphah International University, Pakistan dengan kertas kerjanya Translating the Philosophy into Actions. TEKS: MOHAMAD BIN ABDULLAH

  • Created on .
  • Hits: 2012

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024