USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PROGRAM KKKK SAINS PERGIGIAN BERI PENEKANAN KEPADA PENJAGAAN GIGI

11149683 10206490050834430 3464980709120157013 o

KUBANG KERIAN, 26 APRIL 2015 - Gigi merupakan satu aset yang penting kerana gigi yang cantik akan memberikan keyakinan untuk seseorang itu senyum, bercakap dan berkomunikasi dengan orang ramai.

Hal ini dinyatakan oleh Timbalan Dekan (Akademik), Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), Dr Mohd Fadhli Khamis ketika menutup Program Kajian Komuniti dan Kes Keluarga (KKKK) PPSG, Universiti Sains Malaysia (USM) sesi Akademik 2014/2015 dan penyampaian sijil serta cenderahati kepada 52 keluarga angkat dari Kampung Pasir Pekan Hilir, Kampung Morak dan Kampung Paloh yang berlangsung di Auditorium PPSG, Kampus Kesihatan USM Jumaat lalu.

11146346 10206490055154538 8414079001115766908 o

Tambahnya, kebersihan mulut, gigi dan gusi penting kerana ia akan menyumbang kepada masalah bau mulut manakala sakit gigi, gigi berlubang, calculus terjadi disebabkan memandang remeh tentang penjagaan gigi.

"Masyarakat hari ini menganggap memberus gigi sahaja sudah memadai untuk mengelakkan mereka daripada mengalami sakit gigi tetapi hal ini sebenarnya salah kerana proses menggunakan benang 'flos' dan berkumur sangat penting seperti yang ditunjukkan oleh kajian yang dibuat mendapati, plak yang wujud di sekeliling gigi merupakan punca utama kepada masalah sakit gigi, gusi, pereputan serta punca mulut berbau.

Pengerusi Jawatankuasa KKKK, Dr. Ruhaya Hassan berkata aktiviti yang pertama kali diadakan ini merupakan program yang telah diajar kepada pelajar pergigian sejak program 'Doktor Pergigian' diperkenalkan di USM pada tahun 1998.

11187189 10206490057594599 931666916297078166 o

11149685 10206490051874456 9060541772795082802 o

"Program ini mendapat kerjasama yang baik daripada keluarga angkat dalam memupuk rasa kecintaan serta silaturrahim antara pelajar komuniti setempat yang juga bertujuan mendedahkan mereka terhadap permasalahan kesihatan terutamanya kesihatan mulut dan penjagaan gigi di komuniti," ujarnya.

Menurut Ruhaya, melalui program ini, pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk memimpin keluarga angkat yang terpilih dengan mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, kenduri rakyat, pertandingan mewarna dan sukaneka turut diadakan. - Teks/Foto: Anawiah Abdul Aziz

  • Created on .
  • Hits: 1245

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024