USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

HUSM MERIAHKAN HARI TERBUKA SMK SALOR

11169706 10206490036234065 7162591542404452705 o

KOTA BHARU, 26 April 2015 - Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) telah menyertai Hari Terbuka Asrama 2015 Sekolah Menengah Kebangsaan Salor (SMKS) dengan mengadakan kempen derma darah dan pameran kesihatan.

Dengan konsep “Dari Dalam Keluar”, seramai 15 orang staf HUSM turun padang bagi memeriahkan lagi program yang dihadiri oleh pelajar, guru, ibubapa dan orang awam.

Menurut Pegawai Perubatan Unit Perubatan Transfusi (UPT) HUSM, Dr Mohd Amran Abdul Wahab, UPT sentiasa mengadakan kempen derma darah bagi menambah bekalan darah sedia ada.

1836912 10206490037674101 1692722860003401364 o

11174247 10206490039994159 67591691341541967 o

“Sempena program hari ini, kami mengambil inisiatif membuat pecahan tiga kumpulan iaitu di Masjid Padang Bongor Pengkalan Chepa, Dewan Nurani Kampus Kesihatan dan di sini.

“Bekalan darah perlu dipantau agar tidak mengalami penyusutan yang ketara sehingga menjejaskan proses rawatan kepada pesakit,” katanya.

Selain itu, pameran kesihatan mengenai kanser dan kesan merokok juga mendapat sambutan yang menggalakkan dari pengunjung terutamanya pelajar.

11143608 10206490043594249 4246565082090992663 o

Ketua Jururawat, Rukiah Mat Yussof pula berkata, pendedahan tentang bahaya merokok dan kanser diharap dapat membantu masyarakat untuk menghindari selain turut mencegah.

“Pendedahan sebegini wajar diadakan di peringkat sekolah menengah kerana golongan remaja mudah terpengaruh dan terikut-ikut dengan budaya kurang sihat.

11053854 10206490042354218 3433818300679447219 o

“Peranan ibubapa dalam mendidik anak-anak remaja amat penting kerana contoh yang tidak baik seperti merokok dalam kalangan bapa perlu dielakkan,” ujarnya lagi.

Agensi lain yang turut sama menjayakan program ini ialah Jabatan Penjara Malaysia, Unitar Internasional University, Sijil Simpanan Pendidikan Nasional, dengan pengisian pameran dan gerai jualan serta persembahan dikir barat kesihatan. - Teks/foto: Abdul Aziz Latif.

  • Created on .
  • Hits: 1499

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024