USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

WACANA KEPIMPINAN TeRamPiL: KEPIMPINAN DAN BUDAYA PENYELIDIKAN

Para pensyarah,  penyelidik,  kumpulan Pengurusan dan Profesional, Pembantu dan Pegawai  Penyelidik,  mereka yang bertugas di makmal serta calon ijazah tinggi dijemput menghadiri wacana Kepimpinan TeRamPiL pada hari Selasa, 30 Januari 2018, jam 9.00 pagi di Bilik Seminar Pusat Transformasi Insan,  Aras 2, Bangunan Canselori II USM. 

Jemputan khas, Profesor Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, FASc, Timbalan Naib Canselor, Jaringan Industri dan Masyarakat (JIM) akan mengupas tajuk Kepimpinan dan Budaya Penyelidikan. 

Beliau akan memperkatakan tentang peranan pemimpin dalam merealisasikan budaya penyelidikan yang memerlukan sokongan dan penglibatan menyeluruh dalam membawanya ke tahap yang tinggi di pentas dunia. 

Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian melalui Campus Online atau hubungi 04 653 6448/6450 atau emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Profesor Ir.  Dr.  Abdul Rahman Mohamed, FASc adalah tokoh penyelidik cemerlang, memperolehi ijazah Dokfor Falsafah (PhD) dalam bidang Kejuruteraan Kimia dari University of New Hampshire, Amerika Syarikat (1993), dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat, USM pada Mei 2016 di samping menyandang jawatan sebagai Pengarah sains@usm.

Beliau bertanggungjawab menghubungkan industri dan komuniti dengan Universiti ke arah kolaborasi dalam penyelidikan; konsultansi; pemindahan ilmu; dan projek/aktiviti libatsama industri/komuniti.

Beliau adalah antara pengasas dan pensyarah awal Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia (PPKK), USM pada tahun 1993 sehingga kemudiannya menjadi Dekan PPKK.

Profesor Ir.  Dr.  Abdul Rahman Mohamed merupakan penyelidik yang hebat dan aktif dalam bidang kajian meliputi kejuruteraan pemangkinan, kejuruteraan persekitaran, nanobahan dan nanoteknologi.

Beliau mempunyai pengaruh besar dalam penyelidikan terutamanya hasil kerjasama dengan penyelidik Osaka University,  Nagaoka University of Technology, Jepun dan University of Lorraine, Perancis.

Beliau menerima lebih daripada 80 geran penyelidikan daripada organisasi nasional/antarabangsa berjumlah melebihi RM23 juta, menerbitkan lebih daripada 400 hasil penyelidikan di dalam jurnal nasional dan antarabangsa serta prosiding persidangan yang mencapai H-Index 57 dan jumlah sitasi melebihi 10,000 berdasarkan rekod pangkalan data bibliografi Scopus pada November 2017.

Beliau juga menggraduat lebih daripada 40 orang pelajar sarjana dan PhD. 

Profesor Ir.  Dr.  Abdul Rahman Mohamed memenangi lebih 60 anugerah/pengiktirafan di peringkat nasional/antarabangsa seperti Anugerah Malaysia Toray Science Foundation dan Top Research Scientists Malaysia pada tahun 2012 serta Malaysia’s Rising Star Award pada 2015.

Beliau turut menggerakkan Collaborative Research in Engineering, Science and Technology Center (CREST) dan telah meningkatkan projek-projek kolaborasi R&D USM dengan pelbagai pihak.

  • Created on .
  • Hits: 1679

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024