USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PROFESOR FARMASI KUPAS SEJARAH PENGGUNAAN DAN PENEMUAN TERKINI HERBA SENSASI - KETUM

shariff

PULAU PINANG, 14 Disember 2017 - Ketum berpotensi digunakan sebagai ubat penahan bagi sakit kronik (melebihi 12 minggu seperti sakit sendi dan sakit belakang) dan ubat untuk rawatan penagihan dadah khasnya untuk mengawal 'Withdrawal Syndrome'. 

Di samping itu, ia juga berpotensi digunakan sebagai terapi gantian (replacement therapy) serta ubat baharu untuk rawatan kemurungan (depression).

Potensi ketum ini telah dicadangkan oleh Profesor Dr. Sharif Mahsufi Mansor dalam syarahan umum beliau yang bertajuk “Ketum (Mitragyna speciosa): Sejarah Penggunaan dan Penemuan Terkini” di Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini.

shariff3

 

Melalui hasil kajian beliau dan penyelidikan dari seluruh dunia, didapati bahawa ketum mempunyai potensi sedemikian kerana ketum mempunyai ciri-ciri yang lebih baik daripada ubat penahan sakit (analgesik) lain.

Namun begitu, kajian yang lebih lanjut diperlukan untuk melengkapi maklumat berkenaan dengan aspek ketagihan yang biasa dikaitkan dengan ketum. 

Pun begitu, kajian keselamatan jangka panjang dan kajian klinikal diperlukan untuk mengesahkan kegunaan ketum sebagai ubat penahan sakit baharu dan juga sebagai ubat untuk rawatan penagihan dadah.

  • Created on .
  • Hits: 1513

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024