USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELAJAR DAN STAF USM TERUJA PELANCARAN LALUAN 804

Rapid

NIBONG TEBAL, 12 Disember 2017 – Pelajar dan kakitangan Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) berkongsi keterujaan sempena dengan pelancaran Rapid Penang Laluan 804 di sini semalam.

Penolong Pendaftar Kanan, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni, Kampus Kejuruteraan USM, Norzita Nanyan mengakui operasi Bas Rapid Penang Laluan 804 akan menjadi satu kemudahan yang bermanfaat kepada seluruh warga kampus.

“Galakan untuk menggunakan perkhidmatan bas dalam aktiviti seharian juga boleh dipertimbangkan memandangkan ianya adalah satu kemudahan yang selesa dan bayaran yang dikenakan juga adalah berpatutan,” tambah Norzita.

Selain beroperasi di dalam Kampus Kejuruteraan USM, antara kawasan-kawasan yang akan dilalui oleh Bas Rapid Penang Laluan 804 ini termasuklah Jalan Belatuk, Bukit Panchor, Ampang Jajar, Pekaka, Padang, Sekolah terus ke Terminal Bas Parit Buntar dan sebaliknya.

Naib Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM, Samuel Edmund Theivendran dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral turut menyambut baik usaha Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria ini.

“Perkhidmatan ini akan memberi lebih pilihan dari segi masa dan laluan perjalanan kepada pelajar selain daripada perkhidmatan bas USM yang memang telah disediakan oleh pihak universiti selama ini,” kata Samuel.

Bas Rapid Penang Laluan 804 ini telah memulakan beroperasi  mulai 27 November 2017 lalu dan ini juga membuka peluang kepada orang ramai yang menggunakan perkhidmatan bas ini untuk menikmati keindahan Kampus Kejuruteraan USM sekaligus merasai suasana pengalaman belajar di sana.

Teks: Siti Faizah Abdul Halim

  • Created on .
  • Hits: 1156

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024