USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TIGA PENSYARAH USM TERPILIH SEBAGAI EXCO YSN-ASM

YSM

PULAU PINANG, 12 Disember 2017 – Tiga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) terpilih menganggotai barisan Exco kepimpinan Young Scientist Network-Academy of Sciences Malaysia (YSN-ASM) bagi tahun 2018.

Mereka terdiri daripada pensyarah dari Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Dr. Mohd Ghows Mohd Azzam yang terpilih sebagai Setiausaha manakala Dr. Oon Chern Ein dari Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM) pula dilantik sebagai Pengerusi bagi jawatankuasa Science Outreach.

Seorang lagi wakil USM, Dr. Norazharuddin Shah Abdullah dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral telah terpilih sebagai Pengerusi Bersama bagi jawatankuasa Science Leadership dalam barisan Exco YSN-ASM yang terkini. 

YSN ialah sebuah jaringan yang telah ditubuhkan pada Disember 2012 sebagai sebahagian dari ASM. Jaringan ini menyediakan  satu  platform untuk komuniti saintis muda negara, melalui ASM, sebagai kumpulan pemikir dan pelaksana bagi memacu sains termaju di negara ini dan menjadi penyumbang yang signifikan kepada bidang sains, kejuruteraan, teknologi dan inovasi di persada global.

Antara lain, barisan kepimpinan saintis muda ini turut diharap dapat merealisasikan harapan negara untuk mencapai kecemerlangan saintifik dan memberi impak kepada pembangunan bidang sains dan teknologi di negara ini.

Terdapat sembilan kumpulan utama di bawah YSN-ASM, iaitu Science Leadership, Science Education, Science Outreach, Science Communication, National Science Challenge, Science Policy, Science Integrity, International Network dan Science@Media.

Teks: Marziana Mohamed Alias



  • Created on .
  • Hits: 1627

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024