USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM MINDEN TIGER KEKAL DI DIVISYEN 1 LIGA IPT MUSIM HADAPAN

jhhi

PULAU PINANG, 10 Disember 2017 – Pasukan Bola Sepak USM Minden Tiger kini telah sah kekal di saingan Divisyen 1 bagi Liga IPT untuk saingan musim hadapan setelah berjaya menewaskan pasukan UPSI FC kelmarin dengan skor 4-0.

Gol-gol USM Minden Tiger dijaringkan oleh Abu, Wan, Shahrin dan Hafifi sekaligus antara kemenangan bergaya bagi musim ini buat pasukan USM.

Selepas mencatatkan kemenangan bergaya menentang UPSI FC ini, status sebagai pasukan Divisyen 1 untuk USM Minden Tiger disahkan selepas keputusan perlawanan lain memihak kepada USM Minden Tiger.

Menurut laman sosial USM Minden Tiger, pesaing terdekat untuk kekal di Divisyen 1 iaitu Multimedia University (MMU) dan HELP University kedua-duanya tumbang di tangan lawan masing-masing.

Keputusan ini telah membolehkan USM Minden Tiger menamatkan saingan Divisyen 1 musim ini di tangga ke-9 liga dan tidak jatuh ke Divisyen 2 untuk musim hadapan.

11 pasukan bertanding untuk Liga IPT Divisyen 1 ini iaitu USM Minden Tiger, UPSI, UiTM, UiTM Perlis, UPM, UiTM Pahang, UM, UIAM, MMU, UnisZA dan Help University.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1286

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024