USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PRN USM DIIKTIRAF MAKMAL CEMERLANG, PENERIMA TUNGGAL INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI NEGARA

47BFCCEF C07A 4BF1 9B20 EA5BAFA7A7A2

KUALA LUMPUR, 8 Disember 2017 - Pusat Racun Negara (PRN) Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menerima pengiktirafan Makmal Cemerlang daripada Institut Kimia Malaysia (IKM) di atas perkhidmatannya sehingga kini sempena Majlis Makan Malam Gala Sambutan Ulangtahun ke-50 IKM dan Malam Kimia 2017 di sini.

Anugerah ini diterima oleh Pengarah PRN, Profesor Dato' Dr. Mohamed Isa Abd Majid dan ianya telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia, Datuk Haji Ismail Talib dalam majlis yang diadakan di Sime Darby Convention Centre di Bukit Kiara.

Menurut Mohamed Isa, pengikitirafan yang merupakan kali kedua berturut-turut ini merupakan anugerah di atas kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh Makmal Toksikologi Pusat Racun Negara, USM dan merupakan pemenang tunggal makmal dari kalangan universiti awam dan universiti swasta pada majlis anugerah kali ini.

“Makmal ini juga telah menerima Akreditasi MS ISO/IEC 17025 di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) bermula 28 Julai 2011 dan status akreditasi ini adalah satu pengiktirafan yang diberikan oleh Jabatan Standard Malaysia bagi membuktikan perkhidmatan yang diberi oleh makmal PRN sentiasa berada pada tahap kualiti yang tertinggi,” katanya.

Selain ini, makmal PRN juga telah menerima pengiktirafan terkini sebagai makmal bersekutu untuk Agensi Regulatori Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA) bagi ujian penyaringan bahan campurpalsu untuk produk-produk farmaseutikal dan sediaan tradisi di Malaysia.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Haji Yahaya yang mewakili YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1843

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024