USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

1,130 ORANG GRADUAN TERIMA IJAZAH KONVOKESYEN KE-51

Seramai 1,130 orang graduan akan menerima ijazah masing-masing dalam Upacara Konvokesyen Ke-51 Universiti Sains Malaysia (USM) bermula Sabtu ini, jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Tunku Syed Putra (DTSP), Pulau Pinang.

D.Y.M.M Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail akan menyampaikan ijazah kepada 262 orang siswazah ijazah Doktor Falsafah, Doktor Kesihatan Awam dan Doktor Pentadbiran Awam. Antara yang menerima ijazah ialah Datuk Chamil Wariya seorang tokoh kewartawanan dan media serta 12 orang pensyarah dari Universitas  International Batam, (UIB) Indonesia.

Sidang Kedua pula akan diadakan pada jam 3.00 petang pada hari yang sama, 25 April 2015 yang dipengerusikan oleh Pro Canselor Tan Sri Datuk Mustafa Mansur yang akan menyampaikan ijazah kepada 505 orang graduan sarjana.

Manakala Sidang Ketiga akan dipengerusikan oleh Pro Canselor Tan Sri Dato' M. Jegathesan yang akan menyampaikan ijazah kepada 363 orang graduan ijazah pertama.

Keseluruhannya USM telah menghasilkan 22,715 orang siswazah ijazah tinggi dan 122,318 orang siswazah ijazah pertama. Teks: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 843

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024