USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM JAYAKAN KHIDMAT MASYARAKAT BERSAMA KOMUNITI KAMPUNG TAKANG

WhatsApp Image 2017 11 28 at 3.15.12 PM

KOTA BHARU, KELANTAN, 25 November 2016 – Universiti Sains Malaysia (USM) sekali lagi turun padang membantu masyarakat yang memerlukan di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP), Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS 4) dengan menyertai program khidmat masyarakat.

Program yang dianjurkan oleh komuniti Kampung Takang sempena Majlis Penutup Projek Makmal Sosial, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ini disertai oleh 20 orang kakitangan Hospital USM terdiri daripada Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat, Pembantu Perawatan Kesihatan dan beberapa staf sokongan lain.

USM menawarkan pemeriksaan kesihatan asas di samping memberikan pendedahan mengenai jenis-jenis penyakit serta kesannya kepada kehidupan seharian.

WhatsApp Image 2017 11 28 at 3.15.13 PM1

Inisiatif ini dilakukan bertujuan untuk membantu penduduk kampung dalam memudahkan mereka membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma bagi menyaring tahap kesihatan mereka sebelum dirujuk ke hospital yang berhampiran.

Seorang penduduk kampung yang ditemui, Zanariah Yazid, 50, melahirkan rasa syukur dengan penganjuran program itu kerana ia dapat membantu penduduk kampung yang kurang berkemampuan.

WhatsApp Image 2017 11 28 at 3.15.13 PM

“Terima kasih kepada pihak Hospital USM kerana sudi datang ke kampung kami dalam usaha memberikan rawatan percuma di samping membantu penduduk kampung khususnya warga emas mengetahui tahap kesihatan masing-masing untuk mengambil pencegahan awal sebelum terlambat,” ujarnya.

Teks/Foto: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel

  • Created on .
  • Hits: 1453

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024