USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

FORUM MAHASISWI ABAD KE-21 KUPAS CABARAN WANITA DI IPT

 EAM 3946 800x600

USM, PULAU PINANG, 23 November 2017 – Forum Mahasiswi Abad ke-21: Mahasiswi Memimpin Bangkit Menongkah Arus baru-baru ini menampilkan kelainan tersendiri apabila ianya menjurus kepada kaum mahasiswi atau wanita di universiti.

Forum ini adalah anjuran PURNAMA (Perkumpulan Anak-anak Melaka) dengan kerjasama dari dua pihak iaitu KESPOL (Kelab Sains Politik) dan S1M (Sekretariat 1 Malaysia), dan dihadiri lebih 150 pelajar.

Menurut Pengarah Projek, Asmira, objektif forum ini adalah untuk melahirkan mahasiswa/i yang berpengetahuan dalam isu kepimpinan mahasiswi masa kini.

Forum ini telah dihoskan oleh moderator Muhammad Syahdad Naquiyuddin Hadi Suhardi dan disertai 3 panelis iaitu Siti Farah Eliani Solleh, Farah Aniis Azeera Azeman dan Nor Asmiedar Harun.

Menurut Asmira, antara perkara yang hangat dibincangkan ialah potensi kaum wanita mentadbir sesebuah organisasi yang besar di universiti seperti MPPUSM memandangkan wanita adalah majoriti pelajar di universiti kini.

“Turut diutarakan adalah bagaimana panelis Asmiedar dapat memecahkan dominasi untuk menjadi MPP di PP Sains Kemasyarakatan yang menampilkan kaum lelaki menjadi MPPnya pada dua sidang sebelum ini,” jelasnya.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Foto: Ebrahim Abdul Manan

  • Created on .
  • Hits: 1261

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024