USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NAJIBAH TERIMA ANUGERAH NADI NEGARA 2017

WhatsApp Image 2017 11 25 at 8.02.03 PM

KUALA LUMPUR, 23 November 2017 – Alumni Universiti Sains Malaysia (USM), juga siswazah yang baru melalui upacara konvokesyen ke-55 USM baru-baru ini, Najibah Ismail antara penerima Anugerah Nadi Negara 2017 hari ini.

Berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), alumni dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan ini membawa pulang trofi, sijil dan wang tunai.

Najibah merupakan seorang pelajar yang aktif dan pernah memegang jawatan Bendahari Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUSM) serta kerap terlibat dalam program-program kepimpinan universiti.Tahun lalu, penerima dari USM bagi anugerah ini adalah Mazni Mohd Zuki dan tahun sebelumnya Mohamad Shafiq Kamarudin.

Anugerah Nadi Negara 2017 ini diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung awal Disember nanti.

Anugerah ini diberikan kepada siswazah cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum serta mempunyai ciri kepimpinan berkualiti semasa pengajian di universiti.

Bagi Anugerah Nadi Negara 2017, yang juga penganjuran kali kelapan tahun ini, seramai 25 siswazah terdiri daripada 20 siswazah Universiti Awam, dua siswazah Universiti Swasta, seorang siswazah lepasan universiti luar negara menerima anugerah masing-masing yang disampaikan oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi, Dato Seri Idris Jusoh.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Foto: Najibah Ismail

  • Created on .
  • Hits: 1307

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024