USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM SERTAI PROGRAM MINGGU DERMA DARAH UA BANTU TAMPUNG KEPERLUAN DARAH PUSAT TABUNG DARAH NEGARA

EAM 3954 800x600

USM, PULAU PINANG, 23 November 2017 – Universiti Sains Malaysia terus prihatin dalam menjaga kebajikan masyarakat apabila turut serta dalam Program Minggu Derma Darah Mahasiswa Prihatin Universiti Awam Malaysia 2017.

Pengarah Pusat Sejahtera, Dr. Normala Abdul Wahid berkata, tujuan program ini diadakan adalah untuk menyemai semangat kesukarelawanan dalam kalangan pelajar universiti di Malaysia di samping membantu menampung keperluan darah di Pusat Tabung Darah Negara.

EAM 3970 800x600

“Pada hari ini, kita mensasarkan sebanyak 150 pek darah dapat dikumpul melalui hasil derma darah oleh warga kampus USM dalam usaha untuk menampung keperluan darah di Pusat Tabung Darah Negara,” tambahnya.

Jelas Dr. Normala lagi, program yang diadakan pada hari ini juga mendapat kerjasama daripada Hospital Pulau Pinang yang turut sama turun padang.

“Kita dapat lihat usaha murni yang dijalankan oleh Pusat Sejahtera ini mendapat  sambutan menggalakkan daripada warga kampus khususnya para pelajar yang mengambil kesempatan untuk menderma darah,” katanya lagi.

EAM 3965 800x600

Pelancaran program ini telah diadakan pada 20 November lepas di Universiti Malaya yang telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA), Profesor Datuk Dr. Rohana Yusof.

Teks: Syuhada Abd. Aziz

  • Created on .
  • Hits: 927

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024