USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

GABUNGAN HEBAT PELAJAR SAINS DAN SASTERA RAIH TEMPAT KETIGA FESTIVAL NASYID PULAU PINANG 2017

WhatsApp Image 2017 11 25 at 7.45.17 PM

USM, PULAU PINANG, 23 November 2017 - 5 orang pelajar gabungan jurusan Sains dan Sastera USM iaitu Muhammad Ikhran Khalid (Pusat Pengajian Komunikasi), Fiqry (Pusat Pengajian Sains Matematik), Syolahuddin (Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan), Mohd Danial Mohd Murshid (Pusat Pengajian Sains Farmasi) dan Mohamad Aiman Hamzah (Pusat Pengajian Pengurusan) berjaya memperolehi tempat ketiga di Festival Nasyid peringkat negeri Pulau Pinang yang berlangsung di Dewan Budaya USM kelmarin.

Kumpulan ini juga adalah generasi penerus daripada kumpulan nasyid USM yang mula berkecimpung sejak tahun 90-an dahulu antaranya ialah Ustaz Manis iaitu personaliti TV Al-Hijrah.

Mendendangkan lagu bertajuk Kembara Maha Esa karya penulis lirik Pegawai Tadbir Institut Pengajian Siswazah USM, Ezal Ezham Azami, kumpulan ini berjaya membawa pulang wang tunai RM300, sijil dan trofi.

Lagu ini berkisarkan mengenai nilai kehambaan seseorang individu atau khalifah di muka bumi ini ada Pencipta dan ia lebih merujuk kepada di dalam hidup ini segalanya adalah untuk Tuhan yang satu atau Maha Esa. Lagu dan lirik ini adalah kolaborasi bersama Ezal dan Mohd Hazrat Mohamad Yusof atau nama penanya Lat Yusuf.

Festival ini merupakan penyertaan pertama kali oleh kumpulan Head.One mewakili Dewan Budaya USM dan kali keempat bagi Dewan Budaya USM dengan penyertaan kumpulan Nur Ikhwan dan Adani pada tahun 2014 (Nur Ikhwan), 2015 (Nur Ikhwan), 2016 (Nur Ikhwan dan Adani), 2017 (Head.One). 

Festival kali ini dijuarai oleh kumpulan dari Jabatan Imigresen Pulau Pinang dan tempat kedua pula ialah Kumpulan Gabungan Guru-Guru KAFA Pulau Pinang.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah & Murshid Md Hussain/Foto: Ezal Ezham Azami

  • Created on .
  • Hits: 1226

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024