USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

ALUMNI GSB KUTIP DANA BANTU PELAJAR MISKIN

USM, PULAU PINANG, 22 November 2017 – Alumni Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan (GSB) mengutip dana dalam kalangan ahli-ahlinya dan keluarga terdekat bagi membantu pelajar miskin di sekolah rendah sekitar Pulau Pinang.

“Aktiviti ini merupakan kerjasama antara GSB dan ahli-ahli alumni GSB untuk mengutip dana dan menyumbangkan kepada pelajar dari keluarga yang miskin memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat,” kata Dekan GSB, Professor Dr. Azlan Amran.

“GSB ingin menjadi sebuah Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang mengamalkan konsep kelestarian atau sustainability bukan sekadar teori tetapi diamalkan dalam aktiviti kesukarelawanan dan aktiviti-aktiviti pelajar,” tambah Azlan.

Presiden Alumni GSB, Dr. Yuvaraj Ganesan mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada alumni GSB dan keluarga, kawan-kawan dan staf GSB yang telah menyumbang untuk menjayakan program bantuan sekolah kepada pelajar miskin.

Ketua Penolong Pendaftar GSB, Fatimah Banu Jahan Khir memaklumkan bahawa 30 orang pelajar miskin yang menerima bantuan tersebut adalah daripada enam buah sekolah iaitu SK Convent Lebuh Light, SK Francis Light, SJK (C) Keong Hoe, SJK (T) Jalan Sungai, SK Batu Lanchang dan SK Jelutong. Setiap pelajar menerima bantuan pakaian seragam sekolah, buku dan beg untuk sesi persekolahan yang akan datang.

Dana alumni GSB untuk kemanusiaan dilancarkan pada 21 September 2011 oleh isteri mantan Naib Canselor USM, Profesor Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak dan projek ini konsisten dijalankan sehingga kini.

Teks: Siti Najihah Mustafa (pelajar intern MPRC)/Suntingan: Nor Rafizah Md Zain

  • Created on .
  • Hits: 964

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024