USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

350 PELAJAR PPJJ FASA 2 MENDAFTAR

EAM 3854 800x600

USM, PULAU PINANG, 21 November 2017 – Seramai 350 orang pelajar baharu Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ) yang diterima masuk ke Universiti Sains Malaysia (USM) bagi Fasa Kedua telah menghadiri sesi ikrar pelajar baharu baru-baru ini.

Mereka adalah antara 499 orang pelajar yang ditawarkan tempat untuk menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda di USM secara separuh masa bagi Sidang Akademik 2017/2018.

“Para pelajar perlu melakukan penyesuaian terhadap perubahan atau transisi daripada hanya sebagai seorang pekerja kepada sebagai seorang pelajar dan pekerja,” kata Pemangku Dekan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Profesor Madya Dr. Zulnaidi Yaacob dalam ucapan alu-aluannya menyambut kedatangan pelajar-pelajar baharu berkenaan.

EAM 3852 800x600

“Hal ini adalah bagi mengurangkan berlakunya kes-kes penangguhan pengajian kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan tanggungjawab yang baharu,” tambah beliau.

Rata-rata pelajar yang hadir sangat bersemangat untuk menyambung pelajaran di USM dan kebanyakan daripada mereka merupakan kakitangan kerajaan.

EAM 3843 800x600

RPJJ menawarkan empat Program Pengajian iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains, Sains Kemasyarakatan, Pengurusan dan Sastera.

Teks: Nur Fatini Badrul Hisham (pelajar intern MPRC)/Suntingan: Nor Rafizah Md. Zain

  • Created on .
  • Hits: 1069

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024