USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

DEKATI MASJID SEBAGAI WADAH ILMU

IMG 0067eef

PULAU PINANG, 22 April 2015 – Masjid Al-Malik Khalid, Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) membuka peluang seluas-luasnya kepada masyarakat termasuk dalam kalangan orang bukan Islam untuk lebih mendekati masjid sebagai wadah penyampaian ilmu dan penghayatan nilai islam secara keseluruhannya.

IMG 0054g

"Pada tahun ini Pusat Islam merancang pendekatan berbeza iaitu melihat masjid dalam konteks tarikan pelancongan yang membawa erti tarikan dalaman dan juga luaran sebagai satu kaedah menarik masyarakat memberi perhatian terhadap fungsi masjid yang lebih luas selain memperkenalkan nilai Masjid kepada golongan bukan Islam," demikian kata Naib Canselor USM, Profesor Dato' Dr. Osman ketika merasmikan Program Mosque Tour Week 2015 dan Forum Perdana bersama Dr. Zahazan Muhammad dan Imam Muda Asyraf yang bertemakan "The Quranic Garden", di sini semalam.

IMG 0032fg

IMG 0029g

Tambah Omar lagi, hasrat USM ialah agar masjid menjadi pusat rujukan dalam pelbagai aspek nilai-nilai sama ada dalam hal-ehwal keagamaan mahu pun kehidupan termasuk kelestarian sesuai dengan tugas kepimpinan dalam aspek kecemerlangan ilmu dan pendidikan dengan meningkatkan  kesedaran terhadap pengimarahan masjid yang mengambil kira perkembangan fungsi yang lebih luas sebagai pusat yang mampu menawarkan banyak serta menghidupkan nilai-nilai yang mampu mengubah gaya hidup masyarakat.

Tegas  Omar, dalam usaha menarik lebih ramai golongan bukan Islam mendekati masjid, pelbagai inisiatif boleh dilakukan termasuklah menganjurkan program yang dapat memberi pengenalan yang  mengangkat nilai masjid ke tahap yang lebih dinamik dan profesional.

"Melihat kepada arus globalisasi kini, masjid tidak seharusnya menjadi institusi yang terpencil, tetapi perlu lebih proaktif dalam merencana pelbagai aktiviti agar dapat lebih mendekati golongan bukan Islam, apatah lagi dengan kedudukannya di dalam kampus banyak peranan yang boleh dimainkan oleh Pusat Islam agar menjadi contoh kepada institusi keagamaan yang berada  di luar," kata Omar.

IMG 0038dfg

Pengarah Pusat Islam Dato' Profesor Muhammad Idiris Saleh pula berharap agar program yang dianjurkan pada tahun ini dengan mengangkat tema "The Quranic Garden" dan berkonsepkan tarikan pelancongan mampu menarik golongan bukan Islam khususnya untuk lebih mengenali dan menghayati nilai-nilai Islam.

"Saya berharap agar semua pihak dapat menghayati nilai-nilai keindahan Islam dan sama-sama mengimarahkan masjid apatah lagi berbanding dengan fungsi masjid yang sebenar, rata-rata Masjid di Malaysia belum menjana potensi sebenar sebagai pusat komuniti dan kegiatan masyarakat dengan melihat kepada kehadiran masyarakat Islam ke masjid pada waktu-waktu solat biasa, namun dengan pelbagai program yang akan dibuat  ini, tidak mustahil untuk  mengumpulkan jemaah yang ramai khususnya pada waktu solat-solat biasa sekalipun," tambah Muhammad Idiris.

IMG 0094dg

IMG 0101sdf

IMG 0102dfg

Turut diadakan ialah Forum Perdana oleh Dr. Zahazan Muhammad dan Imam Muda Asyraf, bertajuk "Masjid My 2nd Home" yang mengupas berkenaan fungsi masjid sebagai medium penyatuan ummah dan wadah penyampaian ilmu.

Program yang akan berlangsung selama lima hari bermula 21 April 2015 ini, menyuntik nafas baharu kepada fungsi masjid sebagai wahana ilmu menerusi pelbagai aktiviti menarik seperti kursus pengurusan jenazah, sesi wacana, program derma darah, pertandingan nasyid, siri pencetus ummah, ceramah,qiamullail dan sebagainya. Teks : Siti Naquiah Binti Abdillah/Foto : Mohd Fairus Md. Isa.​

  • Created on .
  • Hits: 1758

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024