USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KERUSI RODA JADI TARIKAN DI MAJLIS PELANCARAN RESTU PRIHATIN

 WhatsApp Image 2017 11 17 at 10.16.42 PM

USM, PULAU PINANG, 17 November 2017 – Majlis Pelancaran #RestuPrihatin sempena Hari Bersama Penghuni 1.0 Sidang Akademik 2017/2018 menampilkan keunikan tersendiri dengan kehadiran sebuah kerusi roda.

Kerusi roda ini akan digunakan di blok Desasiswa Restu Bangunan M01 dan M02 untuk membawa penghuni yang sakit dan memerlukan bantuan berkaitan.

Penghuni yang ingin menggunakannya bolehlah berhubung dengan pihak Majlis Perwakilan Desasiswa Restu (MPDR) untuk mendapatkan kerusi roda tersebut.

Kerusi roda ini dilancarkan oleh Pemangku Penggawa Desasiswa Restu, Dr. Husaini Yaacob dalam satu majlis ringkas hari ini.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1070

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024