USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PENGARAH KAMPUS KESIHATAN TERIMA PENGANUGERAHAN SEMPENA KEPUTERAAN SULTAN KELANTAN

WhatsApp Image 2017 11 11 at 1.45.17 PM

KUBANG KERIAN, 14 November 2017 - Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dr. Ahmad Sukari Halim telah menerima Anugerah Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Dato' Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) bersempena Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang ke-48 di Istana Balai Besar pada 11 November yang lalu.

Sukari anak kelahiran Tanjung Dawai, Kedah Darul Aman memulakan perkhidmatan sebagai Pensyarah Pelatih di Hospital USM pada tahun 1991.

Selama 26 tahun berkhidmat di USM, beliau yang kini memegang jawatan sebagai Pengarah Kampus dan Pengarah Hospital USM telah menerima pelbagai anugerah dalam bidang akademik mahupun kesukarelawanan.

Sebagai seorang pakar bedah plastik, beliau merupakan ahli beberapa pertubuhan antarabangsa seperti Asia Pacific Association Of Surgical Tissue Banks (APASTB), World Society Of Reconstructive Microsurgery (WSRM), International Society Of Burns Injuries (ISBI) di samping turut terlibat dalam Misi Bantuan Kemanusiaan ke Baghdad, Haiti serta MERCY-USM Medical Mission (The Cleft Lip Programme Clipp) di Bangladesh.

Pakar Bedah Kardiotorasik, Jabatan Surgeri, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Profesor Dr Mohamad Ziyadi Ghazali turut menerima Anugerah Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Dato' Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) pada majlis yang sama.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid

  • Created on .
  • Hits: 1411

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024