USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

IPPT TERIMA KUNJUNGAN HORMAT FAKULTI PERGIGIAN USIM

fdfdgh

BERTAM, 13 November 2017 – Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menerima kunjungan hormat delegasi daripada Fakulti Pergigian, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Menurut Dekan Fakulti Pergigian USIM, Dr. Haslinda Ramli, lawatan ini adalah bertujuan untuk mengenali IPPT dengan lebih dekat lagi di samping menjalinkan hubungan dua hala yang baik antara universiti.

“Kami berhasrat untuk melihat peluang-peluang kerjasama yang boleh diterokai bersama terutamanya dalam bidang pergigian dengan pihak IPPT USM sama ada dalam bentuk penyelidikan, akademik mahu pun pemindahan ilmu,” katanya.

ghcg 800x600l 640x480

Hasrat ini telah disambut baik oleh Ketua Kluster Sains Kraniofasial dan Biobahan, IPPT, Prof. Madya Dr. Siti Noor Fazliah Mohd Noor, yang mewakili Pengarah IPPT.

“IPPT menerima baik hasrat Fakulti Pergigian USIM ini dan bersedia untuk bekerjasama dalam apa jua lapangan asalkan ianya memberi manfaat kepada kedua-dua institusi,” katanya yang turut memberi taklimat kepada pelawat mengenai IPPT.

Selain Dekan, yang turut bersama dalam delegasi Fakulti Pergigian USIM ialah Timbalan-timbalan Dekan Dr. Nadia Halib, Dr. Ainuddin Yushar Yusof, pensyarah pergigian dan pegawai.

Delegasi telah dibawa melawat ke Klinik Pakar Pergigian, Wad Pesakit Dalam, Klinik Onkologi & Radioterapi dan Kompleks Penyelidikan Haiwan.

ygfy 800x600 800x533hgv 640x480

Turut hadir dalam lawatan ini ialah Timbalan Pengarah Klinikal Kelestarian dan Piawaian IPPT, Dr. Muhamad Yusri Musa; Ketua Seksyen Pergigian, Dr. Anis Farhan Kamaruddin dan Ketua-ketua Unit Perkhidmatan Pergigian IPPT.

Teks: Muhammad Sallehuddin Abdul Hamid/Foto: Norizan Ishak

  • Created on .
  • Hits: 1315

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024