USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM-UNISZA TINGKAT KERJASAMA STRATEGIK PENGURUSAN WAQAF PERINGKAT IPT

DSC 3187

KUALA TERENGGANU, 13 November 2017 - Universiti Sains Malaysia (USM) meneruskan jalinan kerjasama strategik peringkat IPT bersama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi merencana dan mengurus tadbir wakaf secara bersistematik.

Kunjungan Pejabat Zakat, Waqaf dan Infaq (ZAWAIN), USM ke Pejabat Waqaf dan Infaq Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) antara lain bertujuan merealisasikan matlamat meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai amalan berinfaq yang mempunyai pelbagai kebaikan dari sudut agama.

Menurut Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan, Pusat Islam USM merangkap Ketua Unit Wakaf USM, Nazrul Hassan, sejak ditubuhkan ZAWAIN pada bulan Mac yang lalu di bawah kelulusan Naib Canselor, beberapa perancangan rapi telah dilaksanakan bagi meningkatkan urus tadbir waqaf USM.

nazrul3

“Sedia maklum UniSZA telah berpengalaman dalam pengurusan waqaf sehingga berjaya menguruskan nilai waqaf bernilai RM3 juta, jadi menjadi keutamaan buat ZAWAIN USM bagi menuntut ilmu dan kepakaran UnisZA bagi meletakkan ZAWAIN USM ke tahap yang disasarkan.”

Tambah beliau lagi, kerjasama kedua-dua pihak untuk memperkasakan agenda waqaf di IPT yang dilihat sebagai kuasa ekonomi ketiga yang sangat luar biasa dan belum dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh umat Islam.

Delegasi ZAWAIN diketuai oleh Pengarah Pusat Islam, Profesor Madya Dr. Sofri Yahya, Timbalan Pengarah Pusat Islam USM, Hajah Rohayati Daud, Ketua Unit Zakat, Iswandi Abdul Mokmin, manakala Pejabat Waqaf dan Infaq UNISZA diketuai oleh Profesor Madya Dr Ahmad Azrin Adnan.

waqf2

Jelas Nazrul lagi, hasil usahasama ini berjaya meluaskan lagi bidang kerjasama strategik antara kedua-dua buah universiti dalam pembangunan dan pengurusan waqaf ke arah mentransformasikan pendidikan tinggi negara.

Teks dan Foto: Mohd Azrul Mohd Azhar

  • Created on .
  • Hits: 1538

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024