USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

IPPT DAN BBNGO HANTAR MISI BANTUAN MANGSA BANJIR

BERTAM, 8 November 2017 – Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) bersama-sama Pertubuhan Gabungan Bantuan Bencana Banjir NGO Malaysia (BBNGO) sedang giat menjalankan usaha membantu mangsa banjir yang masih lagi belum pulih sepenuhnya di daerah Seberang Perai Utara.

Menurut Ketua Pasukan Petugas IPPT, Dr. Muhamad Yusri Musa yang juga merupakan Timbalan Pengarah Perkhidmatan Klinikal IPPT, bagi melancarkan gerak kerja IPPT telah menubuhkan pasukan petugas yang terdiri daripada Doktor Perubatan, Jururawat dan staf dari pelbagai jawatan untuk membantu dalam misi kali ini.

“Hasil tinjauan mendapati lebih banyak tenaga sukarelawan diperlukan untuk membersihkan rumah yang dipenuhi lumpur dan sampah sarap. Kami sedang mengiatkan usaha tersebut secara berperingkat kerana kekangan tenaga sukarelawan,” katanya.

“Saya amat menyeru supaya lebih banyak pertubuhan sukarela tampil membantu bagi meringankan bebanan mangsa banjir. Mereka yang terjejas ini amat memerlukan bantuan semua terutamanya keperluan makanan, kit kebersihan dan keperluan ubat-ubatan,” tambahnya lagi.

Bantuan segera dalam bentuk barangan keperluan kecemasan dan tenaga sukarelawan daripada BBNGO bagi membantu mangsa banjir di daerah ini adalah tepat pada masanya dan sedikit sebanyak dapat memulihkan semangat mangsa yang terlibat untuk meneruskan kehidupan seharian.

Pasukan Petugas IPPT dan BBNGO melaksanakan misi bantuan dengan memberikan rawatan perubatan, mengedarkan makanan dan kit kebersihan.

Teks: Muhammad Sallehuddin Abdul Hamid

  • Created on .
  • Hits: 1115

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024