USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM SEBAHAGIAN PENCETUS KEJAYAAN - DZULKIFLI ABD. RAZAK

DSC 2024 800x600

PUTRAJAYA, 7 November 2017 - Tokoh akademik negara yang baru dinobat, Tan Sri Datuk Dzulkifli Abd. Razak mengakui, Universiti Sains Malaysia (USM) menjadi sebahagian dari kisah kejayaannya sehingga dinobat sebagai tokoh dalam Anugerah Akademik Negara (AAN) baru-baru ini.

Beliau ketika ditemui berkata, kejayaan tersebut tidak akan berjaya dikecapi tanpa sokongan semua pihak khususnya keluarga, rakan-rakan akademia dan sebagainya.

DSC 2302 800x600

"USM menjadi sebahagian besar dari kejayaan ini dan dengan rendah dirinya saya amat teruja menerima pengiktirafan ini," ujarnya yang juga Mantan Naib Canselor USM untuk tempoh 2000-2011.

“Pengiktirafan diberikan atas kerja-kerja yang saya lakukan bersama dengan USM dan ianya satu pengiktirafan bagi seluruh USM khususnya apabila kita bekerjasama memantapkan universiti kita pada tahap yang sebaiknya,” tambah Dzulkifli yang hadir bersama isteri dan anak-anaknya.

“Oleh itu, saya berterima kasih kepada USM khususnya kepada mereka yang banyak menyumbang kepada universiti sehinggakan diberikan anugerah ini.

“Saya amat bersyukur dengan anugerah ini, dan harapan saya supaya kita dapat meneruskan lagi usaha yang kita lakukan dengan penuh keikhlasan dan kejujuran pada masa akan datang,” katanya lagi.

Pada majlis yang sama, dua orang pensyarah USM iaitu Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Profesor Madya Dr. Azidah Abu Ziden menerima Anugerah Pengajaran dan pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Profesor Ir. Dr. Srimala Sreekantan dianugerahkan Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk.

DSC 1973 800x600

DSC 1991 800x600

Anugerah-anugerah disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh dalam satu majlis gilang-gemilang yang dihadiri oleh lebih 800 tetamu di sebuah hotel terkemuka di sini.

Yang turut hadir ialah Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir; Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Datuk Nik Ali Mat Yunus; pegawai-pegawai utama KPT; pengurusan tertinggi IPT dan ahli-ahli akademik sekalian.

 

  • Created on .
  • Hits: 1487

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024