USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

ADIK BERADIK BERIJAZAH DALAM KONVO YANG SAMA

USM, PULAU PINANG, 31 Oktober 2017 – Upacara Konvokesyen ke-55 Universiti Sains Malaysia (USM) turut menyaksikan dua orang adik-beradik berjaya menggenggam segulung ijazah sarjana dan sarjana muda dalam konvo yang sama.

Berasal dari Kajang, Selangor, Nur Afiqah Mohd Raflee, 26, menerima ijazahnya dalam Sidang Ketiga manakala adiknya, Nur Sarah Syafiqah Mohd Raflee, 24, menerima ijazah dalam Sidang Keenam.

Afiqah berjaya memperolehi ijazah sarjana dalam bidang Penyelidikan Perubatan (Medical Research) dengan hanya setahun pembelajaran.

"Saya memang berniat untuk menyambung pengajian hingga ke peringkat ini, dan pada pendapat saya, semakin tinggi kita belajar, semakin banyak ilmu yang kita akan perolehi," katanya yang merupakan salah seorang daripada 6 penuntut yang mengikuti pengajian bidang ini.

Sementara itu, Nur Sarah Syafiqah pula yang merupakan siswazah dalam bidang English Language and Literature Studies, sangat aktif melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti anjuran universiti ketika belajar di USM ini.

Beliau merupakan Fasilitator bagi Program Pimpin Siswa selama 2 tahun dan juga Yang Dipertua Desasiswa Restu.

Sarah ketika ditemui memberitahu bahawa ketika ini beliau sudah bekerja di Fairview International School (kampus induk) Kuala Lumpur.

“Tak kisah cepat atau lambat, jangan takut untuk terus belajar,” katanya kepada para pelajar di luar sana dan juga kata-kata semangat buat yang lain dalam meneruskan pelajaran.

Teks: Nur Fatini Badrul Hisham (pelajar intern MPRC)/Suntingan: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1179

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024