USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TIDAK SANGKA BERGRADUASI BERSAMA

DSC 0271 800x600

PULAU PINANG, 30 Oktober 2017 – Mantan Pendaftar Universiti Sains Malaysia (USM), Dato’ Azman Abdullah, 63, menyokong penuh untuk anak dan menantunya menyambung pengajian namun tidak menyangka mereka menerima ijazah pada hari upacara yang sama pada tahun ini.

"Saya merasa sangat gembira kerana seluruh keluarga dapat berkumpul serta meraikan kejayaan dua ahli keluarga kami dalam upacara bersejarah ini," kata Azman yang meraikan anaknya, Annasihah Azman, 28, yang menerima Ijazah Sarjana Informatik dan menantunya, Nursuraya Hassan, 31, menerima Ijazah Sarjana Kaunseling.

"Saya berhasrat untuk menyambung pengajian di luar negara dalam bidang yang sama," kata Annasihah yang kini sedang berkhidmat sebagai Pegawai Penyelidik di Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia (PTPM), USM. 

DSC 0188 800x600

Annasihah adalah anak keempat kepada pasangan Azman dan juga Noraini Osman yang juga mantan staf di Pusat Sejahtera, USM. Annasihah juga adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Nursuraya yang bertugas sebagai jururawat di Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) USM di Bertam Kepala Batas masih belum memikirkan untuk menyambung pengajian kerana mempunyai dua orang anak yang masih kecil iaitu berusia 4 dan 5 tahun.

Teks: Siti Najihah Mustafa (pelajar intern MPRC)/Suntingan: Nor Rafizah Md Zain

  • Created on .
  • Hits: 1821

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024