USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

CACAT BUKAN HALANGAN UNTUK MENGGENGGAM IJAZAH SARJANA

DSC 9951h

PULAU PINANG, 29 Oktober 2017 – Graduan Orang Kelainan Upaya (OKU), Khu Li Huang, 35, tidak menjadikan kekurangan fizikalnya sebagai penghalang untuk menggengam segulung sarjana dalam bidang Antropologi dan Sosiologi.

"Saya bersyukur kerana mendapat sokongan dari ibu serta keluarga sepenuhnya bagi menyambung pengajian di peringkat sarjana serta mendapatkan khidmat pembantu bagi menguruskan keperluan harian saya," kata Li Huang yang mengalami kecacatan pada bahagian kaki akibat kemalangan ketika berumur 16 tahun.

Li Huang ialah seorang yang sangat bersemangat walaupun beliau seorang OKU dan sangat komited dalam pengajian.

Untuk rekod, Li Huang juga adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dalam bidang Antropologi dan Sosiologi dari USM yang bergraduasi pada tahun 2012 dengan PNGK 3.74.

"Perancangan masa depan saya adalah untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ph.D. dalam bidang yang sama di luar negara," tambah Li Huang yang ditemani ibunya, Ewe See Mei. 

Li Huang adalah salah seorang daripada 726 graduan yang menerima ijazah bagi Sidang Kedua Upacara Konvokesyen ke-55 USM yang bermula 28 Oktober hingga 2 November ini.

Teks: Siti Najihah Mustafa (pelajar intern MPRC)/Suntingan: Nor Rafizah Md. Zain

  • Created on .
  • Hits: 1559

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024