USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

JOM SAKSIKAN MALAM PENDEKAR

DSC 1323

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Sains Malaysia (PSSCMUSM) akan menganjurkan Malam Pendekar sempena Sambutan Jubli Delima PSSCMUSM yang akan diadakan pada hari Jumaat, 1 Mei 2015 di Dewan Tuanku Syed Putra USM, Pulau Pinang.

Malam Pendekar yang diadakan tiga tahun sekali ini akan membawa penonton melihat kekayaan budaya seni mempertahankan diri masyarakat Melayu melibatkan demonstrasi silat-silat Melayu seperti daripada pendiri PESAKA dan peserta jemputan yang mewakili pertubuhan ilmu bela diri kaum lain di negara ini iaitu demonstrasi IP Man Wing Cun Penang yang mewakili kaum Cina dan Pertubuhan Silambam Pulau Pinang yang mewakili kaum India.

Bersempena sambutan 50 Tahun Jubli Emas Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) ini juga turut diadakan adalah Kolokium Seni Silat Cekak Malaysia (KoSSCeM) pada hari yang sama bermula jam 8.00 pagi.

DSC 1331

Program ini merupakan pembentangan kertas kerja yang melibatkan sejumlah peserta dalam kalangan setiap Institut Pengajian Tinggi yang mempunyai PSSCM di seluruh Malaysia. Program pembentangan kertas kerja pula melibatkan ahli-ahli silat cekak yang telah membuat kajian secara ilmiah mahupun saintifik mengenai ilmu-ilmu yang terdapat dalam seni silat cekak.

Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh PSSCMUSM dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni USM.

Tiket  berharga RM10.00 boleh didapati di kaunter PSSCMUSM di Foyer DK mulai 22 April atau hubungi: -

Ketua Bahagian Publisiti
Sambutan Perayaan 40 Tahun Jubli Delima PSSCMUSM
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia USM
Sektor Pembangunan Pelajar
Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar
Tingkat Bawah, Bangunan H21
Kompleks Cahaya Siswa
11800 Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang.
No.Tel : 04-6532624/ 04-6535842
No. Talian Faks : 604-6534895/ 04-6566009
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 
Teks: Syuhada Abd Aziz / Foto: PSSCMUSM
  • Created on .
  • Hits: 1713

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024