USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

GEORGE RAIH 1 EMAS 1 PERAK DI KEJOHANAN WUSHU KEBANGSAAN 2017

22528126 1564816613579366 2660149101145996029 n

USM, PULAU PINANG, 19 Oktober 2017 - Pensyarah Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ), Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. George Teoh Boon Sai membanggakan seluruh warga kampus apabila memenangi pingat emas di Kejohanan Wushu Peringkat Kebangsaan ke-26 tahun 2017 yang diadakan di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, Pulau Pinang dari 7-8 Oktober 2017.

Aksi memukau dari George dalam Kategori Tai Chi bagi 50 tahun ke atas telah mengenepikan para pencabar lain bagi meraihkan kejayaan ini.

Selain itu, George juga berjaya meraih pingat Perak bagi kategori Pedang Tai Chi juga untuk kategori umur 50 tahun ke atas.

George merupakan seorang pensyarah yang mempunyai bidang kepakaran dalam TESL, Linguistik dan Psikologi Pendidikan dari PPPJJ USM.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1376

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024