USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

IJAZAH USM LALUI PROSES PENGESAHAN PELBAGAI PERINGKAT

00 15 usmlife 16 800x600

PULAU PINANG, 9 Oktober 2017 - Universiti Sains Malaysia (USM) tidak akan berkompromi dengan sindiket yang membekalkan ijazah palsu dan telah memperketatkan proses pengesahan pelbagai peringkat bagi menjamin keutuhan dan keyakinan kepada graduan dari Universiti ini.

Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail berkata, USM sememangnya membantu pelbagai pihak untuk melakukan pengesahan dari semasa ke semasa yang disalurkan khususnya oleh bakal majikan.

“Semua ini akan diteliti oleh pasukan penyemak dari pelbagai bahagian bagi memastikan kesahihan dokumen yang dibekalkan.

“Selain itu, setiap ijazah yang dikeluarkan oleh USM kepada graduannya, termasuk Ijazah Kehormat dilengkapi dengan tidak kurang daripada 15 ciri-ciri keselamatan. Ciri-ciri keselamatan ini adalah dirahsiakan dari pengetahuan umum dan akan dikaji semula secara berkala bagi memastikan ia kekal relevan,” kata beliau.

Asma juga menegaskan, USM turut memberikan penekanan kepada pemilihan pembekal bagi proses cetakan ijazah-ijazah berkenaan.

Beliau turut berkata, mana-mana pihak yang mempunyai sebarang keraguan dan kemusykilan berkenaan ijazah yang dikeluarkan atas nama USM boleh membuat semakan dengan menghubungi Encik Mohd Jalaludin Azizan, Penolong Pendaftar Kanan, Seksyen Data dan Rekod di talian 04-653 3211/2924/3169 atau emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

  • Created on .
  • Hits: 1048

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024