USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

ROSIHAN M. ALI TERIMA DARJAH S.I.M.P PAHANG BAWA GELARAN DATO’ INDERA

BE29D7E5 9502 4EA1 8B5B 1469B8899A30

USM PULAU PINANG, 27 September 2017 - Pensyarah Pusat Pengajian Sains Matematik (PPSM), Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dato’ Dr. Rosihan bin Dato’ Mohamed Ali dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia - Peringkat Pertama Sri Indera Mahkota Pahang (S.I.M.P.) yang membawa gelaran Dato’ Indera sempena ulang tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang berlangsung kelmarin.

Beliau pernah memegang jawatan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USM selama dua tahun bermula tahun 2005 dan pernah juga memegang jawatan sebagai Dekan PPSM pada tahun 1995 -2001.

Anak jati Kuantan Pahang ini terdahulu melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda di University of Nevada, Reno Amerika Syarikat dan seterusnya Sarjana dan Ijazah Kedoktoran dari Texas Tech University.

Rosihan juga banyak menerima pengiktirafan di dalam dan luar negara dalam bidang Matematik dan antara pencapaian terkini beliau adalah penerima Anugerah Taraf Cream tahun 2016 oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia bagi kategori jurnal sains di laman sesawang (journal in Web of Science) Buletin of The Malaysian Mathematical Sciences Society.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto: Sumbangan Profesor Dato’ Indera Dr. Rosihan bin Dato’ Mohamed Ali 

  • Created on .
  • Hits: 2577

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024