USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KIT PENYUSUAN SUSU IBU MENANG PINGAT EMAS DI IIDEL 2017

dr. zaharah kit

NILAI, NEGERI SEMBILAN, 27 September 2017 – Kit Multimedia Pendidikan Penyusuan Susu Ibu yang dibangunkan oleh Kumpulan Mutiara Bonda dan diketuai oleh Pensyarah Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Dr. Zaharah Sulaiman telah memenangi pingat emas di Pertandingan Invention, Innovation & Design on E-learning (IIDEL) di sini hari ini.

Kit ini yang dibangunkan bagi menyampaikan maklumat dan teknik Belajar Menyusu Cara Mudah mengandungi set modul pembentangan, buku panduan Cara Mudah Mengajar Topik Penyusuan Susu Ibu, anatomi payudara dan beg bagi menerangkan dengan lebih terperinci maksud di dalam modul yang disertakan.

“Alhamdulillah dan setinggi kesyukuran atas kejayaan ini dan hanya dengan izinNya keinginan menjadi kenyataan dan semoga ada manfaat buat ummah," kata Zaharah. 

kit payudara

"Kit ini dibangunkan atas rasa keinginan untuk berkongsi ilmu dan semangat kerjasama yang mendalam. Berbekalkan ilmu dan pengalaman pasukan kami seramai 10 orang dari pelbagai pusat pengajian di Kampus Kesihatan dan Hospital USM berganding bahu menghasilkan kit ini yang telah dilancarkan pada bulan lalu di Kampus Kesihatan dan telah terjual lebih kurang 100 unit," tambah Zaharah. 

“Kebanyakkan yang membeli kit ini adalah daripada Jabatan Kesihatan di seluruh Malaysia bagi memudahkan para pegawai perubatan atau jururawat menerangkan kaedah dan cara penyusuan kepada para ibu dan juga bakal ibu,” kata Zaharah yang ditemui ketika membuat pameran di International University Carnival on e-learning (IUCEL) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) semalam.  

USM melalui Pusat Pembangunan Kecemerlangan Akademik dan Pembangunan Pelajar (CDAE) telah menghantar sebanyak 11 penyertaan dan kesemua produk telah memenangi pingat iaitu 1 emas, 9 perak dan 1 gangsa.

cdae IIDEL
Produk yang mendapat pingat perak adalah:


1) Flip Mathematics Education (FlipME) oleh Profesor Madya Dr. Azidah Abu Ziden dan Siti Nur Fatimah Abu Bakar dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

2) Student Pseudo On-Call Activity (SPOA) oleh Fatimatuzzahra’ Abd Aziz dan Dr. Hadzliana Zainal dari Pusat Pengajian Sains Farmasi

3) Gain & Give Language Learning Hub oleh Lee Pin Ling dari Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan

4) Video Tutorials As a Tool in Teaching for Practical Sessions of Dosage Form Formulation for Pharmacy Students oleh Dr. Amirah Mohd Ghazali dan Dr. Chan Siok Yee dari Pusat Pengajian Sains Farmasi

5) Development and Effectiveness of ‘Makan Sihat Saya’, a Game-Based Intervention For Overweight And Obese Children oleh Dr. Hafzan Yusoff, Profesor Madya Dr. Hamid Jan Jan Mohamed, Wan Putri Elena Wan Dali dari Pusat Pengajian Sains Kesihatan

6) Reinventing The Traditional Approach in The Teaching of Mathematics Through Integrating Flipped Classroom oleh Dr. Ng Theam Foo dan Sarah Hazwani Adnan dari Pusat Kajian Kelestarian Global

7) Transforming Stressful to Joyful Classroom Via Web 2.0 Application oleh Dr. Muhd Al-Aarifin Ismail, Dr. Nik Mohd Rizal Mohd Fakri; Dr. Mohd Zarawi Mat Nor, Dr. Mohamad Najib Mat Pa, Dr. Jamilah Al-Muhammady Mohammad dan Dr. Anisa Ahmad dari Pusat Pengajian Sains Perubatan

8) Free On-Line Education on Advanced Cardiac Life Support (ACLS) Among Health Care Professional oleh Dr Ariff Arithra Abdullah, Jeewadas Baladas, Dr. Junainah Nor, Dr. Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman, Dr. Abu Yazid Md Noh, Dr. Hashairi Fauzi, Tg. Mohd Azimin Tg. Hamzah Azimin dari Pusat Pengajian Sains Perubatan

9) Flipped Classroom in Teaching Resuscitation Skills Among Medical Students oleh Dr Ariff Arithra Abdullah dan Dr. Junainah Nor dari Pusat Pengajian Sains Perubatan

Pingat Gangsa:
1) To Kick Start The Use of Flipped Classroom In Physical Pharmacy Teaching: From The Perspective Of Local Context in Malaysia oleh Dr. Chan Siok Yee dari Pusat Pengajian Sains Farmasi

IUCEL 2017 bertujuan memperkenalkan amalan terbaik pembangunan, pengurusan dan pembudayaan e-pembelajaran selain mempromosi dan mengetengahkan kepakaran global dalam aplikasi, sistem & teknologi pendidikan serta mengkomersilkan produk berkaitan e-pembelajaran.

Majlis perasmian IUCEL 2017 telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, Dato’ Seri Idris Jusoh. 

Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Mohd Fairus Md Isa 

  • Created on .
  • Hits: 3134

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024